Connect with us

Oh! Media

Ali Puteh Akan Bayar RM60K Secara Ansuran Kepada Hidayah Dengan Duitnya Sendiri

ali puteh hidayah ohmedia

Oh! Artis

Ali Puteh Akan Bayar RM60K Secara Ansuran Kepada Hidayah Dengan Duitnya Sendiri

Isu antara pelawak, Ali Puteh dan balu arwah Abam iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali tiba-tiba menjadi hangat kembali.

Menjawab segala kecaman netizen terhadapnya, Ali Puteh menjelaskan proses pembayaran RM60,000 masih dalam perbincangan antara peguamnya dan peguam Hidayah.

Ali setuju bayar RM60,000 dengan duitnya sendiri

Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arwah dengan duit saya sendiri.

Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arwah tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu.

Perkara itu dimaklumkan Ali kepada Harian Metro ketika dihubungi. Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas