Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Aku Tanya Kau, Siapa Jantan Tu?!”, Fara Salleh Dedah Terima Ugutan Dari Shuk Sahar?

Nama Fara Saleh tidak asing lagi apabila sebelum ini dia dikaitkan dengan konflik rumah tangga pelawak, Shuk Sahar.

Terbaru! Menurut laporan Xtra, Fara memaklumkan yang dia telah menerima ugutan daripada Shuk Sahar. Apa kes ni?

IKLAN

Rupanya hal itu terjadi selepas ada seorang lelaki yang tidak dikenali telah tinggalkan komen di Instagram Fara.

Hanya kerana followers saya menulis komen ‘welcome back’, saya terima ugutan di Whatsapp. 122K followers dan saya tak tahu siapa kamu, tetapi saya menerima amaran untuk memadam semua komen setiap kali saya memuat naik foto.

Fara juga ada mendedahkan kiriman suara Shuk di Whatsapp yang menyuruhnya untuk berbuat demikian.

Aku tanya kau ni. Siapa jantan ni sebenarnya? Kau siap ber ‘I You’ pulak dengan dia. Kau padam kau komen ‘I You’ dengan dia tu.

Sebelum ini, Shuk didakwa telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita bernama Fara di saat dia masih bernikah dengan bekas isterinya kini iaitu Rossa Sera.

Berikutan itu, rumah tangga Shuk dan Rossa runtuh setelah kehadiran Fara dan mereka berdua telah pun bercerai sekitar Mac lalu.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas