Connect with us

Oh! Media

Aksi Isteri Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino Buat Netizen Menyampah

Oh! Artis

Aksi Isteri Sedut Air Dari Mulut Aiman Tino Buat Netizen Menyampah

Perkongsian terbaru penyanyi Aiman Tino bersama isteri, Syarah Haifa baru-baru ini di Instagram ternyata telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran tersebut, isteri Aiman dilihat menyedut air minuman daripada mulut Aiman Tino.

Barangkali ingin menunjukkan romantis suami isteri, pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu kelihatan mesra bergurau bersama isterinya.

Namun begitu, ada juga yang mengkritik perlakuan tersebut dan menganggapnya sebagai satu perbuatan yang menjijikkan.

Kata netizen, kandungan media sosial penyanyi itu tidak ubah seperti ‘mat-mat rempit’.

Tetapi ada juga peminat yang tidak kisah kerana bagi mereka, ia adalah sekadar gurauan antara suami isteri.

Sekadar info, Aiman dan Syarah Haifa selamat mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023 di Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Kredit: Instagram Aiman Tino

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas