Oh! Artis
Akrab Macam Adik Beradik, Tular Semula Foto Mesra Bella Astillah Dan Ruhainies
Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hangat diperkatakan selepas dia muncul di pejabat agama pada jam 2.30 pagi.
Kehadiran Bella berkaitan dengan kes tangkap basah suaminya, Aliff Aziz dengan seorang pelakon wanita popular.
Netizen mengesyaki Ruhainies pelakon wanita yang terlibat selepas tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lif kondominium mewah memaparkan kelibat Ruhainies bersama Aliff.
BACA: Alif Aziz Dan Ruhainies Dah Kantoi Awal-Awal Dalam Rakaman CCTV
Terbaru, tular semula di media sosial video dan foto menunjukkan hubungan akrab di antara Bella Astillah dan Ruhainies.


Meninjau ke Instagram, Bella pernah beberapa kali memuat naik foto bersama Ruhainies. Salah satu hantaran adalah ucapan hari jadi teristimewa buat sahabatnya itu. Ruhainies pula membalas ‘love you’.
Walaupun tak dapat dipastikan kesahihan cerita sebenar, netizen melabel Ruhainies sebagai penyondol dan kawan makan kawan.

Tambahan pula, mereka bertiga pernah hadir ke satu acara dan bergambar bersama sebagai kenang-kenangan. Tiba-tiba jadi macam ini pula kan?
Kredit: Instagram Bella Astillah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM