Connect with us

Oh! Media

Akhil Hayy Banyak Kena Tuduh Bukan-Bukan, Didakwa Jadi Punca Waheeda Berhenti Nyanyi

Waheeda akhil hayy ohmedia

Oh! Artis

Akhil Hayy Banyak Kena Tuduh Bukan-Bukan, Didakwa Jadi Punca Waheeda Berhenti Nyanyi

Dah lama tak dengar perkembangan penyanyi yang cukup popular suatu ketika dulu iaitu Waheeda. Apa pun, kalau korang masih tengok Melodi TV3, penyanyi dengan lagu Wassini ada ditemubual baru-baru ni. Eh kejap, korang tengok lagi ke Melodi? Ok sambung citer pasal Waheeda dam Akhil Hayy..

Dalam temubual tu, Waheeda menyatakan rasa syukur dan terharu kerana video persembahan di pentas AJL pada tahun 2003 masih dapat perhatian netizen walaupun sudah lebih 10 tahun tidak aktif dalam dunia seni.

Waheeda dalam pada itu turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan suaminya, Ustaz Akhil Hayy menjadi punca dia tidak lagi aktif bernyanyi.

IKLAN

Kesian suami saya, banyak kena tuduh macam-macam. Pada mulanya berundur sekejap. Berhenti itu sebab nak kenal Al-Quran semula, lebih pada mencari ilmu.

Akhyl Hayy juga dikatakan tidak pernah menghalang isterinya untuk terus aktif dalam dunia nyanyian kerana tahu itu adalah jiwanya.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas