Connect with us

Oh! Media

Akaun Instagram Disekat, Ini Jawapan ‘Deep’ Suhaimi Saad

Oh! Artis

Akaun Instagram Disekat, Ini Jawapan ‘Deep’ Suhaimi Saad

Sebut sahaja tentang Suhaimi Saad, sudah tentu ramai akan mengenali individu ini yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, In-Team.

ADVERTISEMENT

BACA: “Vaksin Ni Tuhan Ke Apa?” – Suhaimi Saad

Suhaimi bagaimanapun tidak pernah lekang dengan kontroversi apabila sering dikaitkan dengan pelbagai perkara termasuklah isu vaksin yang sering menjadi buah mulut netizen.

Terdahulu, dia turut dikecam oleh netizen selepas menggelar golongan yang mengambil vaksin sebagai seekor haiwan ternakan oleh sebab dia merupakan salah seorang yang menolak pengambilan vaksin.

Perkara itu kerap dihujahnya di laman media sosial dan hampir semua hantarannya menyentuh perihal vaksin yang tidak diyakini olehnya.

Akaun Instagram disekat

Namun, namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila telah memuat naik hantaran di laman Facebook yang menyatakan bahawa akaun Instagramnya telah pun disekat.

Suhaimi yang menggunakan nama Mosus telah memaklumkan bahawa media sosialnya itu telah disekat selama 30 hari menyebabkan dirinya tidak dapat berkongsi sebarang hantaran.

Makluman, IG SS kena sekat 30 hari. Jangan tanya lagi.

Tak kesah pun

Menurutnya, Suhaimi turut mengakui sebab utama mengapa akaunnya disekat adalah kerana dirinya yang sering menyentuh serta membangkang perihal vaksin.

Menerusi hantarannya sebelum ini, dia mengakui terdapat beberapa golongan netizen yang melaporkan akaun Instagramnya sehingga disekat selama 30 hari.

Namun, perkara itu bukan sahaja tidak merunsingkan hatinya, malah dia turut tidak mempedulikan perbuatan masyarakat itu kepada dirinya.

Disebabkan ss selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang islam yang buat report, So IG pun block akaun ss 30 hari. Ada aku Kesah!

Pernah disekat sebelum ini

Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah pertama kali berlaku kepada dirinya, malah sebelum ini akaun Facebooknya pernah disekat selama 30 hari.

Menurut Gempak, akaun Facebooknya telah disekat selama 30 hari pada Februari lalu selepas menyedari ia tidak boleh diakses secara tiba-tiba.

Katanya, akaunnya telah disekat oleh sebab dirinya yang gemar membangkang. Namun telah berjaya mengakses kembali selepas sebulan kemudian.

Kredit: Facebook Suhaimi Saad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas