
Oh! Artis
Adira Suhaimi Dedah Punca Sebenar Pengsan Sebelum Ini
Baru-baru ini, terjadi satu kejadian yang mencemaskan terhadap penyanyi, Adira Suhaimi apabila dirinya tiba-tiba pengsan.
Menurut laporan Harian Metro, dia kemudiannya terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya dengan menaiki ambulans.
BACA: “Gugur Air Mata Seorang Duda” – Datuk Red Luah Rasa Sebak, Adira Suhaimi Pengsan Depan Anak-Anak
Ketika kejadian saya tak ingat apa-apa. Apabila buka mata saya sudah ada dalam ambulans.
Adira Suhaimi perjelas punca sebenar

Menurut Adira, pengsan tersebut berpunca daripada demam ringan, kurang sel darah merah, dan jadual harian yang terlalu padat.
Selama ini saya sangka saya ‘supermom’ yang boleh buat segala-galanya serentak. Tapi ternyata badan saya tak mampu lagi hadap keletihan.
Doktor turut menasihatkan supaya Adira lebih berhati-hati dengan tahap kesihatannya dan memastikan badan mendapat rehat yang cukup.
Perlu ubah gaya hidup

Pengalaman ini membuka mata Adira tentang pentingnya berehat, terutama bagi seorang ibu yang aktif.
Kalau saya tak sihat, saya tak boleh jaga anak-anak. Jadi selepas ini saya pastikan hari cuti saya digunakan untuk berehat.
#OhmediaNasihat
Kesihatan adalah aset paling penting dalam hidup kita. Jangan terlalu memaksa diri hingga melampaui batas kemampuan. Ambil masa untuk berehat dan utamakan kesihatan supaya dapat terus menjaga orang tersayang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
