Connect with us

Oh! Media

“Ada Hadiah Nak Bagi Awak” – Tak Lari Lepas Langgar Kereta, Fasha Sandha Cari Rider Ini

fasha sandha cari rider grab

Oh! Artis

“Ada Hadiah Nak Bagi Awak” – Tak Lari Lepas Langgar Kereta, Fasha Sandha Cari Rider Ini

Pelakon jelita Fasha Sandha memuji tindakan seorang penghantar makanan yang rendah diri memohon maaf selepas terlanggar kereta.

ADVERTISEMENT

BACA: Fasha Sandha Kongsi Momen Bahagia Dengan Anak, Tapi Lain Pula Jadi Tumpuan Netizen

Dalam video tular yang dimuat naik sendiri oleh pemilik kereta, rider berkata dia tak akan lari kerana memang harus bertanggungjawab.

Rider tak lari lepas langgar, mahu tanggungjawab

Ketika ditanya berapa bayaran yang dia boleh bagi untuk kos kerosakan, rider menyerahkan kepada pemilik kereta sepenuhnya.

Sikap jujurnya membuatkan pemilik kereta memaafkan pemuda berusia 19 tahun itu. Rider juga dipuji rajin mencari rezeki untuk meneruskan hidup.

Perkongsian tersebut membuatkan Fasha Sandha berasa tersentuh dan mahu memberi hadiah sebagai penghargaan. Dia meminta rider tersebut menghubunginya di media sosial.

Fasha Sandha mahu bagi hadiah

Pelakon berusia 38 tahun ini sempat berpesan kepada semua penunggang motosikal termasuk adik lelakinya supaya mencontohi sikap baik rider tersebut.

Katanya, ada sesetengah penunggang motosikal cepat-cepat lari selepas melanggar kereta kerana takut kena bayar ganti rugi. Tapi sebenarnya, mengaku salah dan meminta maaf dah cukup.

Kredit: Instagram Fasha Sandha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas