Connect with us

Oh! Media

AC Mizal Nafi SUKETV Tidak Bayar Gaji Perkerja, Arah Peguam Ambil Tindakan

Ohmedia 5ae22eda f310 454d a58a 0eede6e0b1bf

Oh! Artis

AC Mizal Nafi SUKETV Tidak Bayar Gaji Perkerja, Arah Peguam Ambil Tindakan

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang pengacara mendedahkan gajinya ketika berkhidmat di sebuah stesen televisyen masih belum diselesaikan. 

Suketv

Terbaru pemilik stesen SUKETV, Datuk AC Mizal menjawab kenyataan dan tohmahan di media sosial dari beberapa individu yang dianggap fitnah.

Sepatutnya saya tak perlu balas dan jawab kenyataan  tular yang begitu tak bertanggungjawab, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu dan bertanyakan isu ini dan untuk mengelakkan salah faham serta fitnah, saya perlu jelaskan di sini.

Kenyataan dan cerita yang tular tentang kegagalan SUKETV bayar gaji tiga bulan kepada individu-individu tersebut di media sosial adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Oleh yang demikian, AC Mizal telah mengarahkan peguam dan syarikat SUKETV mengambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu yang terlibat.

IKLAN

Fitnah dari bekas staf SUKETV yang ditamatkan kontrak

Suketv

Cuma yang saya nak nyatakan, kenyataan-kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh beberapa bekas staff yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat. Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tak akan mencanangkan butir-butir ini kepada umum.

Pemilik SUKETV itu juga memaklumkan syarikat sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada sebarang isu asalkan kita menggunakan saluran yang betul.

#OhmediaNasihat

Harap isu ini dapat diselesaikan oleh kedua-dua pihak dengan baik. Bila sudah viral sedikit sebanyak menjejaskan nama baik syarikat.

Ohmedia 5ae22eda f310 454d a58a 0eede6e0b1bf

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: SUKE TV


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas