Oh! Artis
“Kalau Report Polis Waktu Tu, Aslam Ke Dalam Kan?” – Abby Abadi Dedah Punca Aslam Dilempang Suaminya
Nampaknya isu melibatkan keluarga pelakon Abby Abadi masih belum reda apabila Abby tampil membuka cerita lama tentang kejadian yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
BACA: Rupa-Rupanya Hingga Ke Hari Ini Aslam Tak Pernah Ke Rumah Abby Abadi Minta Maaf
Menerusi satu perkongsian di Threads, Abby memberi penjelasan kenapa suaminya (bapa tiri Marissa) sampai terpaksa menampar Aslam.
Kenapa bapa tiri lempang Aslam?
Menurut Abby, ketika kejadian berlaku, Marissa masih di bawah umur dan berada di bawah jagaan penuh dirinya dan suami.

Katanya, disebabkan terlalu terkejut, dia sendiri tidak sempat memaklumkan kejadian itu kepada bapa kandung Marissa, Norman Hakim.
Dua-dua memang salah. Tapi kalau saya report polis waktu tu, Aslam yang akan ke dalam kan? Kalau report waktu tulah.. tapi saya tak sampai hati.
Apa yang lebih mengejutkan, Abby turut mendakwa individu yang kononnya meminta maaf secara terbuka sekarang, langsung tidak pernah meminta maaf tentang hal yang berlaku 10 tahun lalu.
Bagi Abby, permohonan maaf secara tiba-tiba ini dibuat kerana pihak sana mahu “berlawan” atau mempertahankan diri.
“Selama ni aku diam je pasal apa kau buat..” – Bapa tiri Marissa


Terdahulu, suami kepada Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria mengatakan pernah menampar Aslam sejak lelaki itu kantoi menjalin cinta dengan anak tirinya Marissa Dania.
Malah, dia pernah memberi amaran kepada Aslam namun Aslam berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Pengakuan Faizal membuatkan netizen mempersoalkan tindakannya yang hanya berstatus bapa tiri bukannya bapa kandung.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM