Oh! Artis
Abang Tesla Nafi Isteri Sedih Diduakan Tapi Ramai Persoal Kenapa Banyak Kongsi Video Kifarah?
Oleh
Ingatkan isu Abang Tesla kahwin dua ni dah reda tapi makin panas pula jadinya sekarang ni. Benda ni jadi makin hangat selepas Abang Tesla sendiri keluarkan banyak kenyataan untuk membalas kecaman netizen tetapi akhirnya memakan diri sendiri.
BACA: Abang Tesla Kongsi Video Pujuk Isteri Menangis Waktu Subuh Sebelum Nikah Satu Lagi
Abang Tesla juga ada memuat naik video seakan-akan memerli netizen yang panas hati dengan perkahwinan keduanya sedangkan isteri pertamanya menerima dengan hati terbuka.
Dia juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang dapat menjaga aib suami dengan baik.
Bagaimanapun, seorang individu di TikTok mempersoalkan semua yang dinyatakan Abang Tesla. Individu itu meminta Abang Tesla untuk melihat sendiri perkongsian isterinya di media sosial yang banyak repost video berkait kifarah.
@bukanabgtesla TENGOK REPOSTNYAAAAAA!!!!!!!!!!!!!! #abgtesla #abangtesla #poligami #syafiqahhanafi #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #kautigakancintaku #kakmaj
♬ original sound – BukanAbgTesla – BukanAbgTesla
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
