Connect with us

Oh! Media

Abang Tesla Dakwa Ditaja Pergi Umrah Tapi Pihak Andalusia Nafi Pula

abang tesla

Oh! Artis

Abang Tesla Dakwa Ditaja Pergi Umrah Tapi Pihak Andalusia Nafi Pula

Abang Tesla dan dua orang isterinya ketika ini berada di tanah suci untuk mengerjakan Umrah bersama. Bagaimanapun, ada pula pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas Abang Tesla mendakwa dirinya telah ditaja pihak Andalusia.

ADVERTISEMENT

BACA: Abang Tesla Pertama Kali ‘Up’ Gambar Bertiga, Bawa Dua Isteri Bercuti Dan Umrah

Sedar tentang perkara ini, pihak syarikat dan ejen penyedia perkhidmatan umrah terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan pengurusan tertinggi syarikat tersebut di mana mereka menegaskan bahawa pensohor itu dan keluarga telah membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah mereka sendiri.

Merujuk kepada laporan yang tular di media sosial, Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan umrah ingin menafikan dakwaan bahawa kami telah menaja umrah Abang Tesla dan rombongannya.

Dakwaan ini adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian & umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.

Berikutan itu, pihak mereka berharap dakwaan tidak benar tersebut dapat dihentikan dan memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang telah timbul.

Abang Tesla juga dilihat sudah memadam kapsyen yang mengatakan dirinya ditaja pihak Andalusia. Apapun, kita doakan sahaja agar perjalanan mereka di sana dipermudahkanNya.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas