Connect with us

Oh! Media

“Abang Ipar Tak Nampak Ke? Mak Tak Tegur?”, Ameera Khan Pakai Baju Sendat, Netizen Persoal Tentang Teguran Keluarga

Ameera Khan

Oh! Artis

“Abang Ipar Tak Nampak Ke? Mak Tak Tegur?”, Ameera Khan Pakai Baju Sendat, Netizen Persoal Tentang Teguran Keluarga

Baru-baru ini, adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa, Ameera Khan telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram yang menunjukkan dirinya bercuti di Paris.

ADVERTISEMENT

Kalau korang tengok gambar tu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan dilihat menggayakan baju berona kulit yang melekap sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Difahamkan, pempengaruh berusia 23 tahun itu berada di Paris bagi menghadiri sebuah acara fesyen anjuran jenama terkenal, Diptyque.

Ameera Khan

Paris, you’re so cute.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menerima komen negatif daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik pemakaian yang digayakan Ameera.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mempersoalkan tindakannya berkongsi gambar berfesyen ketat di media sosial lebih-lebih lagi selepas dia baru sahaja pulang mengerjakan umrah tempoh hari.

Malah, ada juga yang berasa hairan samaada ahli keluarga tidak menegur cara pemakaiannya memandang keluarga mereka juga datang daripada orang yang mempunyai ilmu agama tinggi.

Kredit: Instagram Ameera Khan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas