Connect with us

Oh! Media

“Ternyata Ini Kekurangan Mbak Oki” – Ustazah Oki Mengaku Tak Pandai Masak Telur Dadar

Cover Photo Om 1200 X 675 32

Oh! Artis

“Ternyata Ini Kekurangan Mbak Oki” – Ustazah Oki Mengaku Tak Pandai Masak Telur Dadar

Nama Oki Setiana Dewi sudah tidak asing lagi di Indonesia. Dia juga mempunyai peminat di Malaysia selepas membintangi filem popular Ketika Cinta Bertasbih membawa watak sebagai Anna Althafunnisa.

BACA: Tindakan Oki Setiana Dewi Perhati Dan Jaga Aurat Adik Semasa Bersanding Dipuji

Selain bidang seni, Oki juga aktif berdakwah dan melakukan aktiviti kemasyarakatan di Indonesia.

IKLAN

Terbaru, namanya menjadi sebutan selepas tular video memaparkan aksinya di dapur bersama adiknya Ria Ricis.

Dalam rakaman itu, Ria Ricis yang merupakan Youtuber terkenal bertanyakan kakaknya jumlah garam untuk hidangan telur dadar.

Screenshot 20220713 215355 chrome 1

Oki dengan tersipu-sipu menjawab, ‘satu senduk teh” menyebabkan Ria Ricis terkejut. Adiknya berseloroh berkata telur dadar akan masin jika garam diletakkan sebanyak itu.

Screenshot 20220713 215358 chrome

Di situlah terbongkar bahawa Ustazah Oki sebenarnya tidak tahu masak. Perkara itu diakui sendiri olehnya dan suaminya, Ory Vitrio tahu mengenai hal itu sebelum mereka menikah.

Dulu waktu Mba Oki mau nikah sama Bang Ory, bilang gini ‘saya punya beberapa kelemahan, salah satunya saya tidak bisa memasak’.

Selain itu, pendakwah ini dikatakan tak kenal mana satu kunyit, lengkuas dan serai. Biar betul?

Pengakuan jujur pendakwah ini ternyata mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada yang mempertahankannya dengan berkata tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Tak kurang juga yang menyindirnya memberi ceramah agama mengenai isteri solehah sedangkan diri sendiri pun tak pandai memasak untuk suami.

Kredit: suara.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas