Oh! Makan

#JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Kek Coklat Kukus Sedap, Confirm Tetamu Berebut!

Published on

Sedar tak sedar, kita bakal menyambut hari raya Aidilfitri tak lama lagi. Psst, apa kata kita buat kek coklat kukus pada tetamu datang beraya nanti?

BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Buat Lemang Tanpa Buluh, Sedap Macam Ori!

Bukan sahaja mudah dibuat, malah ia juga hidangan kegemaran setiap lapisan umur. Jom, Oh! Media kongsi resepi!

Resepi kek coklat kukus

Bahan-bahan:

Bahan A

  1. 1 cawan gula
  2. 1 cawan susu cair
  3. 1 cawan serbuk koko
  4. 1 cawan minyak masak
  5. 1/2 cawan susu pekat

Bahan B

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  3. 1sudu kecil baking powder

Bahan C

  1. 3 biji telur
  2. 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat kek coklat:

  1. Campur dan masak semua bahan A atas api kecil hingga larut. Ketepikan.
  2. Kisar bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan A dan bahan B yang telah diproses. Masukkan bahan C.
  4. Kacau sehingga sebati dan tiada ketulan tepung. Kemudian tuang ke dalam loyang.
  5. Panaskan pengukus. Kemudian baru kukus sehingga masak selama 15 minit untuk bekas kecil atau 30 minit untuk bekas besar.

Bahan-bahan untuk coklat topping:

  1. 1/2 cawan milo
  2. 1/2 cawan serbuk koko
  3. 1/2 cawan susu cair
  4. 1 cawan susu pekat
  5. 1 cawan minyak

Cara-cara membuat coklat topping:

  1. Satukan semua bahan dan masak menggunakan kaedah double boiler sehingga sebati.
  2. Biarkan ia suam terlebih dahulu dan boleh dituang ke atas kek yang telah siap dikukus.

Selamat mencuba!

Kredit: MyResepi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version