Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Ini Cara Buat Puding Karamel, Pencuci Mulut Pilihan Ramai

Befunky collage

Oh! Lifestyle

#JUADAH Ini Cara Buat Puding Karamel, Pencuci Mulut Pilihan Ramai

Pejam celik pejam celik, dah masuk hari yang ketiga kita berpuasa. Macam mana dengan puasa korang tahun ni? Diharapkan agar okay okay sahaja lah ye. Sebut sahaja pasal juadah berbuka puasa, mesti macam-macam jenis makanan bermain di fikiran korang kan?

Hari ini, #JUADAH ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara membuat puding karamel. Senang je boleh buat sendiri di rumah.

Resipi puding karamel

99cbd28cb5ebda058a0097116c204d1ca7714f35 medium

Bahan-bahan untuk gula karamel

  • 1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air

Bahan-bahan untuk membuat puding

  • 5 biji telur, saiz B
  • 1 tin susu cair
  • 150ml air
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara membuat puding karamel

Gula karamel

  1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
  2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.

Puding karamel

  1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk. Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
  2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
  3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
  4. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.

Tips: Kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit akan membantu menghasilkan puding yang licin dan menghasilkan tekstur yang lebih cantik.

IKLAN

Haa senang je kan nak buat puding karamel ni? Dapat pula kita makan puding karamel ni secara sejuk, sudah pasti ia menjadi satu nikmat yang tidak terkira selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Kredit: Resepi Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas