Connect with us

Oh! Media

Akmal Anggap Keputusan Kes Zahid Hamidi Sebagai Jawapan Doa Orang Teraniaya

Ohmedia dr akmal zahid hamidi umno

Oh! Makan

Akmal Anggap Keputusan Kes Zahid Hamidi Sebagai Jawapan Doa Orang Teraniaya

Akmal Saleh syukur Zahid Hamidi dibebaskan, dakwa ia bukti kebenaran akhirnya terjawab.

Dah lama isu ni berlarutan, akhirnya ada keputusan rasmi juga dari pihak berkuasa. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kini bebas selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) putuskan untuk tak teruskan pendakwaan terhadapnya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terus tampil bersuara. Dalam satu hantaran penuh emosi, beliau luahkan rasa syukur dan percaya ini adalah jawapan kepada doa orang yang teraniaya.

Akmal Saleh anggap kebenaran akhirnya terbukti

Akmal Saleh

Akmal yang dikenali lantang bersuara, tak tunggu lama untuk bagi respons. Dalam satu hantaran di Facebook, dia terus menyatakan kelegaan dengan keputusan AGC tersebut.

IKLAN

Alhamdulillah, akhirnya kebenaran terjawab juga. Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan.- Katanya.

Kenyataan tu jelas menunjukkan betapa kuatnya keyakinan beliau bahawa pertuduhan sebelum ni tak berlandaskan bukti kukuh.

AGC sahkan keterangan tak cukup kuat

Ptj11 22022025 pm pc

Dalam kenyataan rasmi, Jabatan Peguam Negara menjelaskan sebab utama keputusan itu dibuat adalah kerana kekurangan keterangan untuk meneruskan pendakwaan.

Jabatan Peguam Negara, berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan, mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut.- Katanya.

Sg04 050972022 vln mahkamah

Untuk rekod, Ahmad Zahid sebelum ini berdepan dengan 47 pertuduhan berkaitan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Namun, pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan-pertuduhan itu.

Pssttt! Kalau betul apa yang dikata tu, Ohmedia harap lepas ni tak ada lagi kes yang bermotif politik semata-mata. Biarlah sistem keadilan kita telus dan adil tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22

OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas