Oh! Arena
Sah! Dua Pemain Negara Dari ASEAN All-Stars ‘Disekat’ Jumpa Manchester United
Perlawanan penuh gah antara ASEAN All-Stars menentang Manchester United yang dijadual berlangsung 28 Mei ini bakal kehilangan dua tonggak Malaysia apabila FAM ‘menyekat’ penyertaan Dominic Tan dan Sergio Aguero.
Menurut laporan Kosmo, kedua-dua pemain tersebut perlu kekal bersama skuad kebangsaan kerana tarikh perlawanan bertindih dengan komitmen negara dan perkara ini dikatakan sendiri Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub.
Mereka terikat dengan komitmen bersama skuad kebangsaan yang bertindih dengan jadual perlawanan terbabit.
FAM tawar lima pengganti, termasuk Khuzaimi Piee

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dominic dan Aguero, FAM telah mencadangkan lima nama lain kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Antara yang disebut ialah Ahmad Khuzaimi Piee, bekas pemain kebangsaan yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya.
Haziq Nadzli hampir pasti sertai

Difahamkan, penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli, hampir pasti tersenarai dalam skuad ASEAN All-Stars kendalian Kim Sang-sik, bagi menentang pasukan kendalian Ruben Amorim dari The Red Devils.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini mendapat sambutan luar biasa, dengan lebih 45,000 tiket sudah terjual, walaupun stadium berkapasiti 80,000 penonton.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM