Oh! Arena
Rasa Sakit Terbakar Dalam Kulit, Faisal Halim Kritikal
Allahu! Kondisi kesihatan pemain bola sempak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid kini berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan semalam.
BACA: Seorang Lagi Suspek Simbah Asid Terhadap Faisal Halim Sehingga Terbakar Tahap 4 Ditahan
Menurut laporan Harian Metro, kesan kelecuran daripada kejadian itu semakin membimbangkan dan perkara ini disahkan sendiri Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Toggak utama pasukan Selangor itu juga dikatakan sukar untuk bergerak dan perkara itu menjadi persoalan tentang masa depannya dalam arena bola sepak.
Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.
Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.
Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.
Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM