Connect with us

Oh! Media

Polis Kesan Pihak Sebar Video Rakaman CCTV Faisal Halim Disimbah Asid

Rakaman cctv faisal halim ohmedia

Oh! Arena

Polis Kesan Pihak Sebar Video Rakaman CCTV Faisal Halim Disimbah Asid

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang tersebar satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di media sosial yang didakwa menunjukkan suspek simbah asid ke arah pemain bola sepak negara, Faisal Halim.

BACARakaman CCTV Suspek Simbah Asid Ke Arah Lelaki Seakan Faisal Halim Tersebar

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, polis sedang menjalankan siasatan berhubung pihak yang menyebarkan rakaman itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

IKLAN

Video terbabit adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Siasatan sudah dimulakan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV itu untuk tindakan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hussien juga mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan video rakaman itu bagi menghormati dan menjaga sensitiviti mangsa sekeluarga.

Pihak polis memandang serius mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video itu. 

Tindakan sedemikian sekali gus mengganggu siasatan pihak polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Sembang Jerr - Cristiano Ronaldo Sah Bergelar Suami

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas