Connect with us

Oh! Media

FAM Tidak Akan Lepaskan Intan Sarah Selepas Kata Kim Pan Gon Bod*h

3fbeadc2 6997 4c99 890c 2fe0199c36af

Oh! Arena

FAM Tidak Akan Lepaskan Intan Sarah Selepas Kata Kim Pan Gon Bod*h

“Another stupid sub from KPG (Kim Pan Gon), masukkan lah Pawi (Safawi)”, inilah komen yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia.

BACA: “Masukkan Lah Pawi!” – Intan Serah Kena Hentam Teruk Lepas Label Kim Pan Gon Buat Pertukaran Bodoh

Apa yang dilakukan Intan ini juga nampaknya tidak akan lepas dari tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

IKLAN

Perkara ini dikatakan sendiri Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman yang menyifatkan apa yang ditulis Intan Sarah sebagai tidak sopan dan sebagai individu yang memegang status pemain kebangsaan ini tidak sepatutnya berlaku.

Kita akan menilai kenyataan dan kita akan panggil dia (Intan Sarah). Sebagai pemain kebangsaan, dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begitu, kita akan nilai kenyataan yang dia maksudkan.

Pada masa sama, sentiasa ingatkan (jangan keluarkan kenyataan negatif) kepada pemain semasa mereka berada dalam kem kebangsaan, ini tidak sepatutnya berlaku.

Noor Azman juga mengatakan tindakan atau hukuman akan diputuskan selepas melihat isu ini secara mendalam.

Sebelum itu, Intan Sarah dihujani kritikan peminat bola sepak tempatan apabila dia mempertikaikan pemilihan pemain gantian oleh Kim Pan-gon dalam aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 berdepan Korea Selatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas