Oh! Arena
Faisal Halim ‘Istimewa’ Kata Doktor Pakar
Rasanya ramai yang tahu bahawa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim kini masih dalam rawatan akibat kesan lecuran disimbah asid oleh 2 individu biadap yang tidak dikenali.
BACA: Ada Cerita Baru Tersebar Mengenai Kejadian Simbah Asid Faisal Halim
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, pakar perubatan menganggap bahawa Faisal ‘istimewa’ kerana kesan lecuran di anggota badannya menunjukkan tanda pemulihan yang sangat cepat. Alhamdulillah!

Tonggak pasukan Selangor FC itu juga dikatakan mungkin akan pulang ke rumah pada pertengahan bulan depan dan perkara ini dikatakan sendiri Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Bukan tu jer, proses pemulihan Faisal dikatakan berjalan dengan lancar tapi kena tunggu dalam tiga hari lagi untuk menjalani prosedur pembedahan seterusnya.
Sekarang ini, doktor maklumkan biarlah badan Faisal membuat ‘kerjanya’ sebelum menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan seterusnya kerana ketika ini paling penting adalah mahu memastikan tiada sebarang komplikasi.
Doktor pakar yang merawatnya mengganggap Faisal seorang yang istimewa kerana proses pemulihan dia sangat cepat.
Namun cepat atau tak, dia tetap kena ambil masa seminggu lagi untuk berada di unit rawatan rapi (ICU) sebelum dapat kebenaran doktor untuk pindah ke wad lain.
Apapun, smeoga Faisal Halim cepat sembuh. Ramai yang mendoakan dan rindu nak lihat dirinya beraksi di atas padang kembali.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 21 hours ago