Connect with us

Oh! Media

Andre Onana Selamatkan Manchester United Dari Kekalahan Lebih Teruk Lawan Spurs

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Arena

Andre Onana Selamatkan Manchester United Dari Kekalahan Lebih Teruk Lawan Spurs

Manchester United boleh berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Andre Onana, yang berjaya menyelamatkan pasukan daripada dibelasah teruk ketika tewas 0-3 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Onana merupakan satu-satunya pemain United yang layak ‘angkat muka’ selepas mengelak pasukannya daripada menerima kekalahan yang lebih memalukan.

Beliau menyelamatkan tujuh percubaan bahaya Spurs, termasuk tiga yang hampir membolosi gawang. Jika tidak kerana Onana, Spurs mungkin mudah mendahului lima atau enam gol.

IKLAN

Selain itu, Onana hampir mencipta peluang jaringan buat United apabila hantaran jauhnya tepat kepada Marcus Rashford pada awal permainan.

Penjaga gol Cameroon itu mengakhiri perlawanan dengan statistik cemerlang: 45 sentuhan, 15 hantaran tepat, enam hantaran jauh, dan tujuh penyelamatan, lima daripadanya dilakukan dalam kotak penalti.

Walaupun sebelum ini dikritik selepas seri dengan Twente, Onana dianggap wira dalam perlawanan ini kerana berjaya menyelamatkan United daripada nasib lebih buruk. Malah, pengurus Erik Ten Hag patut berterima kasih kepadanya.

Dengan kekalahan ini, Manchester United kini berada di tangga ke-12 EPL dan ketinggalan enam mata dari kelompok empat teratas.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18

OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas