Connect with us

Oh! Media

AFC Denda FAM, JDT Dan Selangor FC, Ini Sebabnya!

Ohmedia fam Jdt Selangor Fc

Oh! Arena

AFC Denda FAM, JDT Dan Selangor FC, Ini Sebabnya!

FAM, JDT dan Selangor FC dikenakan denda oleh AFC akibat pelanggaran peraturan pertandingan Asia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama dua kuasa besar Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC, masing-masing dikenakan denda oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) susulan pelanggaran peraturan dalam beberapa aksi pertandingan peringkat Asia.

Menurut laporan Harian Metro, denda itu membabitkan kelayakan Piala Asia 2027, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

FAM didenda RM7,788 sebab lewat 2 minit 30 saat!

Fam Harimau Malaya

AFC memaklumkan bahawa FAM didenda USD1,875 (RM7,788) selepas melanggar Perkara 2.2 Manual Operasi Pertandingan ketika perlawanan menentang Laos pada 14 Oktober lalu di Bukit Jalil.

IKLAN

Wakil FAM menyebabkan kelewatan memulakan separuh masa kedua selama dua minit dan 30 saat.

Denda tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari. 

JDT pula kena RM20,783, tak sediakan ‘clean stadium’

Jdt Fc

Kelab gergasi JDT menerima denda USD5,000 (RM20,783) kerana gagal menyediakan ‘Clean Stadium’ di tapak latihan rasmi sebelum aksi ACLE menentang Machida Zelvia pada 30 September.

Mereka juga diberi 30 hari untuk melangsaikan bayaran.

Selangor FC didenda RM5,195, lewat seminit lebih

Selangor Fc

Selangor FC turut tak terlepas apabila dikenakan denda USD1,250 (RM5,195) selepas wakil mereka menyebabkan kelewatan sepak mula separuh masa kedua selama satu minit dan 20 saat ketika aksi ACL2 menentang Persib Bandung pada 23 Oktober.

Sama seperti pasukan lain, mereka diberikan tempoh 30 hari untuk melunaskan bayaran.

Pssttt! Bola sepak bukan sekadar aksi di padang, disiplin teknikal juga penentu imej negara. Sekecil mana pun kelewatan, tetap memberi impak besar di peringkat Asia.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19

OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas