Connect with us

Oh! Media

Tuduhan Polis Kejam Kenakan Kompaun RM10,000 Tidak Adil – Ketua Polis Negara

COVID-19

Tuduhan Polis Kejam Kenakan Kompaun RM10,000 Tidak Adil – Ketua Polis Negara

Sejak kadar kompaun pelanggaran SOP dinaikkan kepada RM10,000 semakin ramai yang mula kongsikan pengalaman mereka dikompaun dan ada juga yang menggelar pihak polis sebagai kejam.

ADVERTISEMENT

Hal ini mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang merasakan tuduhan seperti itu tidak adil diberikan kepada pihak polis apatah lagi jika ia dibuat semata-mata ingin ‘popular’.

Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan. Contohnya macam kes di Lahad Datu kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.

Sebenarnya warga Pala’u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular. Di Sabah sekarang kes sudah menurun tinggal 35 dan kami hendak turunkan lagi. – Katanya.

Jelas Ketua Polis Negara lagi yang penangkapan pengemis di Sabah itu di bawah Akta Imigresen dan mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perlindungan. Ini bermakna mereka tidak dikenakan kompaun RM10,000 seperti yang didakwa.

Tuduhan dan persepsi ‘polis kejam’ tidak seharusnya dimainkan memandangkan pihak berkuasa hanya mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2001 dalam memerangi Covid-19.

Kompaun RM10,000 itu bukan ditujukan kepada mereka yang membuat kesalahan kali pertama tapi ia adalah untuk individu yang mengulangi kesalahan sama iaitu individu yang pernah dikompaun sebelum ini. -Jelasnya lagi.

Jadi, terpulang kepada kita untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan atau sanggup membayar kompaun.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas