Connect with us

Oh! Media

“Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Merentas Negeri Bagi Tujuan Penerimaan Vaksin” – Khairy Jamaluddin

Cover Photo Artikel 8

COVID-19

“Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Merentas Negeri Bagi Tujuan Penerimaan Vaksin” – Khairy Jamaluddin

Bagi sesiapa yang ingin merentas negeri bagi tujuan temu janji penerimaan vaksin Covid-19, tidak perlu surat kebenaran daripada polis. Sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkan bukti penerimaan vaksin tersebut dalam aplikasi MySejahtera, laman web atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

Perkara ini baru sahaja dijelaskan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Screenshot 6

“Penerima vaksin tidak perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySejahtera atau laman web atau SMS,” katanya dalam ciapan Twitter.

IKLAN

Sebentar tadi sahaja, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di enam daerah di Selangor dalam sidang media harian Covid-19 oleh Ismail Sabri. Beliau berkata pergerakan merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk kkes kecemasan, kematian dan mereka yang bekerja.

Pada 15 April lalu, kerajaan telah memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan temu janji penerimaan vaksin Covid-19.

Disebabkan kelonggaran itu, mereka hanya perlu  menunjukkan surat temu janji itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri sahaja.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27

OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas