Connect with us

Oh! Media

positif

COVID-19

Tahu-Tahu Kes Positif Semakin Meningkat Pula, Hampiri 6,000 Kes Sehari

Walaupun hampir seluruh rakyat Malaysia telah menerima 2 dos suntikan vaksin Covid-19, kita lihat kes postif tetap terus meningkat. Peningkatan ini turut dikatakan kerana hadirnya varian Covid-19 yang lebih bahaya dan mudah berjangkit kita ini.

Setakat hari ini, sebanyak 5,566 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dan ia meningkat mendadak berbanding semalam yang hanya 4,774 kes.

IKLAN

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka hari ini menjadikan jumlah kumulatif di negara sebanyak 2,876,324 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covid Now, https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman Covid Now adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. – Kata Dr Noor Hisham.

Jumlah kematian pula dilaporkan sebanyak 13 kes menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 13,978 kes.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas