Connect with us

Oh! Media

Sasaran 50% Dewasa Terima Vaksin Lengkap Capai Bulan Ini

Ohmedia vaksin

COVID-19

Sasaran 50% Dewasa Terima Vaksin Lengkap Capai Bulan Ini

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin nampaknya melakukan tugas dengan baik. Ini apabila Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 50 peratus warga dewasa menerima vaksin lengkap.

BACA: Netizen Rasa Selamat Semua Pekerja Restoran Divaksin

Malaysia yang pada mulanya agak lambat tetapi kini menjadi negara yang terpantas di dunia memberikan vaksin kepada rakyat. Setakat Julai, sebanyak 12 juta dos vaksin telah diberikan. Peningkatan paling ketara berlaku diantara bulan Februari hingga Jun yang mencecah lebih 8 juta dos.

IKLAN
Image 2

Purata kadar vaksinasi harian kita pada Julai mencecah hampir 400,000 melebihi sasaran iaitu 300,000. Kita bermula lewat sebulan berbanding negara maju seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan, namun kita telah berjaya bergerak lebih pantas.

Ini terbukti bahawa, isu kekurangan kapasiti, sumber daya atau kompetensi bukanlah penghalang kejayaan kita ini, tetapi sebaliknya ia disebabkan oleh bekalan vaksin yang tidak konsisten akibat ketidakadilan pengagihan vaksin Covid-19 oleh negara tertentu yang turut dikritik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – Kata KJ.

Pencapaian ini juga diihat sangat berkesan apabila pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Sarawak berkurang sebanyak 60 peratus dan hampir 100 peratus di Labuan.

Kita menyedari bahawa varian Delta tersebar luas di Sarawak dan Labuan, namun Alhamdulillah, vaksin mempunyai kesan yang diharapkan untuk mengurangkan tahap keparahan Covid-19. – Tambah KJ lagi.

Semoga ada sinar untuk kita tidak lama lagi. Bagaimanapun, kita tetap perlu patuh SOP yang ditetapkan. #kitajagakita

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas