Connect with us

Oh! Media

PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini

121048592 10161435027549572 2589879226315928347 ojpg

COVID-19

PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini

Akhirnya keputusan ini diambil oleh kerajaan apabila Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB ini akan bermula pada 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020. Bagaimanapun, bagi negeri Sabah pula akan bermula pada 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. – Katanya.

Bagaimanapun, SOP yang lebih terperinci akan diterangkan oleh MKN dalam masa terdekat.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas