Connect with us
konspirasi kerajaan

COVID-19

Omicron Bukan ‘Konspirasi’ Kerajaan Untuk Elak Rakyat Sambut Hari Raya – KJ

Varian Omicron yang semakin meningkat membuatkan rakyat Malaysia menimbulkan tanda tanya jika varian ini hanya satu ‘konspirasi’ kerajaan untuk mengelakkan rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

BACA: Tiada PKP Ketika Raya, Hanya Sempadan Negara Saja Ditutup?

IKLAN

Menerusi laporan Kosmo, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan varia Omicron yang kian meningkat ini bukanlah sau konspirasi kerajaan untuk menangguhkan perayaan Aidilfitri.

Negara lain juga menunjukkan peningkatan kes

konspirasi kerajaan

Khairy Jamaluddin menyatakan gelombang Omicron ini bukan saja meningkat di Malaysia, bahkan meningkat di negara-negara antarabangsa yang lain termasuk Eropah. Jadi, varian Omicron ini bukannya kospirasi yang disebutkan oleh segelintir masyarakat.

Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan Covid-19 pada 4 Feb 2022, 3 kali ganda berbanding hari sebelumnya.

Pada 5 Februari,Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,670 kes, Indonesia (33,729 kes), Thailand (10,879 kes), Filipina (7,469 kes), Australia (22,985) kes dan Jepun 102,275 kes.

Hari ini, kes Covid-19 membuatkan rakyat tak senang hati dengan peningkatan sebanyak 11,034 kes berbanding 10,089 kes semalam dan mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254.

Semoga kes Covid-19 akan semakin reda dan kita dapat menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga tersayang di kampung. Rindu nak raya sebab dah lama tak dapat balik kampung sambut raya kan?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori COVID-19

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas