Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Negeri Gesa Kilang Bukan Essential Ditutup

COVID-19

Kerajaan Negeri Gesa Kilang Bukan Essential Ditutup

Kerajaan negeri Selangor menggesa kerajaan Pusat untuk menutup beberapa sektor ekonomi di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Datuk Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa pihaknya tetap dengan pendirian tersebut selepas melihat kes jangkitan baharu di negeri ini semakin meningkat setiap hari.

Menteri Besar Selangor

IKLAN

Ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, saya telah menyarankan beberapa cadangan untuk dipertimbang oleh Kerajaan Persekutuan.

Salah satunya ialah mengekalkan penutupan ekonomi dan industri yang telah ditetapkan kecuali yang benar-benar dalam kategori essential sahaja sehingga tamat PKPD

Menurutnya, langkah yang dicadangkan itu mampu untuk menurunkan kes baharu di negeri Selangor dan mampu memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) jika kes jangkitan di negeri ini berkurang.

Kerajaan negeri juga mencadangkan supaya para pekerja segera untuk divaksin dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi.

Kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD untuk memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara.

Menerusi laporan kes jangkitan baharu Covid-19 pada 9 Julai 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 9,180 kes baharu dan Selangor mencatatkan kes yang tertinggi antara negeri lain iaitu 4,400 kes baharu.

Kes Baharu Covid 19

Sumber : KKMPutrajaya

Kredit : Utusan Malaysia 

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21

OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas