Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Akhirnya Putuskan PKPDB Di 4 Daerah Sabah

Ohmedia sabahpng

COVID-19

Kerajaan Akhirnya Putuskan PKPDB Di 4 Daerah Sabah

Melihat kepada keadaan penyebaran wabak Covid-19 di Sabah yang semakin membimbangkan, pihak kerajaan akhirnya memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan.

Antara kawasan yang terlibat adalah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna yang bermula pada 12:01 tengah malam ini sehingga 12 Oktober 2020.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia melibatkan seramai 962,661 penduduk Sabah.

IKLAN

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit. Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup. – Katanya.

Setakat ini, seramai 241 kes direkodkan di Lahad Datu, 634 kes di Tawau, 65 kes di Kunak dan 255 kes di Semporna. Jadi, langkah pencegahan perlu diambil bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak.

Jika korang yang berada di kawasan terlibat memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan boleh hubungi terus talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas