Connect with us

Oh! Media

Seramai 120 Orang Pengunjung Dikompaun RM1,000 Di R&R Bagan Ajam

COVID-19

Seramai 120 Orang Pengunjung Dikompaun RM1,000 Di R&R Bagan Ajam

Kalau kita pergi mana-mana tempat sekarang ni, semua orang nampak macam dah kembali normal dengan kehidupan sebelum wabak Covid-19 muncul. Walaupun, semua dilihat memakai pelitup muka, tetapi SOP lain seperti penjarakan sosial tidak dipraktikkan oleh ramai orang.

ADVERTISEMENT

Korang jangan rasa selamat sangat, sebab kita masih diperhatikan dan boleh dikenakan kompaun pada bila-bila masa sahaja.

Ohmedia katakan begini selepas sebanyak 120 orang pengunjung di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang selepas berdegil enggan mematuhi SOP di kawasan terbabit.

Disebabkan itu juga, kawasan R&R terbabit telah ditutup selama 14 hari untuk proses pembersihan.

Keputusan ini diambil selepas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy, bersama-sama unit polis, KKM dan MBSP telah melakukan pemeriksaan mengejut dan mendapati semua pengunjung tidak mematuhi SOP dengan berkumpul dalam kumpulan yang besar tanpa menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka.

Ekoran itu, polis bersama KKM dan MBSP bersetuju menutup kawasan rekreasi itu selama dua minggu bermula hari ini. Bagaimanapun, bagi kawasan R&R termasuk kedai boleh beroperasi seperti biasa kerana mereka patuh pada SOP.

Hari ini pun sama juga apabila 120 pengunjung dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal selain berkumpul dalam skala besar. – Katanya.

Jadi, korang kena sentiasa menjaga SOP walau berada di mana sekalipun. Kalau datang dengan keluarga, kita masih tetap perlu menjaga jarak tiap kali berada di luar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas