Connect with us

Oh! Media

Yes 5G Tawar Pelan “Tak Masuk Akal”, iPhone 15 & Internet Pantas Serendah RM 21. Biar Betul?!

Branded

Yes 5G Tawar Pelan “Tak Masuk Akal”, iPhone 15 & Internet Pantas Serendah RM 21. Biar Betul?!

Bila sebut tentang dunia tanpa sempadan, yang terlintas hanyalah internet. Hampir segala hal yang dilakukan setiap hari menggunakan internet. 

Sebagai pengguna mesti kita mencari syarikat telko yang menawarkan internet pantas pada harga yang murah kan? Ada ke pelan sebegitu rupa? Hmm~ 

Siapa kata takde? Dengan Yes 5G, pelan yang korang idamkan semuanya ada siap dengan peranti baru lagi. Bukan biasa-biasa tau!

Nikmati 5G Internet, Kadar Bayaran Bulanan Paling Rendah Dengan iPhone Baru!

Yes 5G, iPhone, iPhone 15, murah, internet

Korang mesti tau  yang Malaysia sudah mencapai rangkaian 5G. Dengan adanya 5G ni, internet semakin laju dan tiada lagi isu lagging. Nak streaming drama online pun syok je, apatah lagi main online game, confirm menang! 

Untuk makluman korang, penggunaan rangkaian 5G ini hanya boleh digunakan bagi peranti yang mampu menyokong rangkaian 5G sahaja. Jadi bukan semua peranti boleh sokong 5G tau. 

Kata mudahnya, korang perlu ada peranti baru seperti iPhone 15. Tapi harganya macam mana pula? 

Yes 5G, iPhone, iPhone 15, murah, internet

Tak perlu risau, dengan adanya pelan iPhone Yes 5G, korang boleh memiliki iPhone 15 dengan harga serendah RM21/bulan dan juga iPhone 15 Pro serendah RM 51/bulan. Wow! 

Kalau korang perasan, pelan iPhone yang ditawarkan oleh Yes 5G, betul-betul berbaloi. Nak tahu kenapa? 

Sebab pelan iPhone yang disediakan oleh Yes 5G tidak mengenakan sebarang faedah selama tempoh perjanjian 24 atau 36 bulan. Maksudnya, 0 interest guys! 

Tiada Deposit, Rasai Pengalaman 5G Internet Yang Berbaloi

Yes 5G, iPhone, iPhone 15, murah, internet

Percaya tak yang Yes 5G sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. Tak percaya? 

Korang boleh tengok sendiri, pelan iPhone yang disediakan oleh Yes 5G ini, tidak memerlukan sebarang bayaran pendahuluan tau. Biar betul?! 

Betul, korang boleh terus guna iPhone 15 atau iPhone 15 Pro tanpa mengeluarkan bayaran pendahuluan, hanya bayar ansuran tiap bulan je. Tambah best lagi, ia terbuka buat semua, tak kisah sama ada korang pelanggan baru atau lama dengan Yes 5G.   

Berbeza pula dengan syarikat telco lain yang memberikan bayaran ansuran serta kelebihan lain kepada pengguna sedia ada sahaja.

Jadi, korang boleh enjoy internet pantas Yes 5G tanpa had dengan iPhone 15. Semua kerja jadi lebih mudah, pantas dan efisien. 

Yes 5G: Rangkaian Internet Paling Pantas Di Malaysia

Yes 5G, iPhone, iPhone 15, murah, internet

Kalau nak berdebat pasal internet mana paling laju, rasanya dah tahu siapa pemenang. Semestinya, Yes 5G! Nak tahu kenapa? 

Sebab Yes 5G telah diiktiraf oleh Ookla untuk Speed Test Awards bagi Malaysia’s Fastest Mobile Network untuk dua tahun berturut-turut. Jadi korang tak perlu risau pasal internet, confirm takkan sangkut punya. 

Bagi korang yang melanggan pelan iPhone, korang juga akan menerima data dan kelajuan 5G tanpa had atau caj tambahan. Betul-betul untung! 

Yes 5G, iPhone, iPhone 15, murah, internet

Dengan langgan pelan iPhone Yes 5G, korang akan dapat internet pantas, tiada faedah, tiada bayaran pendahuluan, just enjoy the experience iPhone je. Masih lagi rasa teragak-agak? 

Jom cuba Yes 5G Network Test Drive melalui eSIM secara percuma dan rasai sendiri pengalaman internet pantas.  Selain itu, nikmati data dan kelajuan 5G yang tidak terhad selama 30 hari percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yes 5G dan ikuti laman sosial di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas