Connect with us

Oh! Media

Biodiversity

Branded

Watsons Perkenal Inisiatif Ocean Bound Plastic Bagi Kekalkan Kemampanan.  Korang Bila Lagi? 

“Ish, susah la nak cari produk penjagaan yang fokuskan “sustainability”, bila ada kulit sensitif ni. Baru nak berangan “Save The Earth”  

Ha, korang pun mesti ada masalah macam ni kan. 

Bermula dengan keperluan di rumah sehinggalah mengurangkan “single-use” plastik bila berbelanja, pelbagai cara yang kita gunakan untuk kekalkan kemampanan sehari-hari. 

Tapi bila masuk je topik produk penjagaan kulit ni mesti susah nak elakkan dari penggunaan plastik. 

Baru je nak support jenama yang menggunakan bahan kitar semula, kulit kita pula yang tak bersetuju. Nak buat macam mana, kulit sensitif.  

Eh, korang mesti tak tahu ada produk yang mementingkan kebersihan alam sekitar dengan menggunakan bahan kitar semula tapi kualiti kekal terjamin kan. 

Naturals by Watsons Edisi Algae Menggunakan 100% Bahan Kitar Semula 

Biodiversity

Kalau korang nak tahu, Watsons yang merupakan jenama kesihatan & kecantikan terkenal, kekal bersemangat dalam melakukan pelbagai inisiatif bagi menjaga alam sekitar melalui kempen yang mereka anjurkan. 

Kali ini, Watsons sekali lagi memberi inspirasi buat orang ramai dengan produk terbaru dengan memperkenalkan edisi istimewa Naturals by Watsons Algae yang menggunakan 100% bahan kitar semula yang diambil dari persisiran pantai. 

Plastik yang digunakan ini diambil dari sekitar 50 kilometer garis pantai di seluruh lautan di Asia. Inisiatif ini diambil bagi mengelakkan sisa plastik daripada mencemari lautan. 

Algae Organik Diperakui & Dikenali Sebagai “The Green Gold”  

Biodiversity

Siapa dekat sini ada kulit yang sensitif tapi nak support produk yang menggunakan bahan kitar semula meh sini, kami ada berita baik untuk korang! 

Naturals by Watsons Algae ini bukan sahaja menggunakan bahan kitar semula, tapi ia juga menggunakan lebih 94% bahan semula jadi dan 100% vegan. 

Bahan utama yang digunakan adalah algae organik yang telah diperakui. Kemampuan algae dalam memberikan kelembapan, dan menguatkan penghalang kulit ini telah memberikannya julukan sebagai “The Green Gold ”.  

Wow, hebat juga manfaat yang boleh kita dapatkan dari bahan semula jadi ni kan?

Antara produk yang tersedia dalam edisi istimewa Naturals by Watsons kali ini adalah, 

  • Naturals by Watsons Algae Shampoo
  • Naturals by Watsons Algae Conditioner
  • Naturals by Watsons Algae Shower Gel
  • Naturals by Watsons Algae Body Lotion

Kami dah gunakan sendiri produk dari edisi istimewa Natural by Watsons Algae ni tau. Konsep yang menarik tapi kualiti produk mereka masih terjamin. 

Antara produk yang menjadi kegemaran kami adalah Naturals by Watsons Algae Body Lotion. Maklumlah, kita ni selalu ada masalah kulit kering tau, jadi kami agak sensitif dengan pemilihan pelembab kulit.  

Yang bestnya, Naturals by Watsons Algae Body Lotion mampu memberikan kelembapan secara mendalam dan menguatkan penghalang kulit. Bukan itu sahaja, ia juga dapat memberikan kelembapan selama 24 jam! 

Barulah kulit korang boleh jadi selembut sutera tau. 

Nikmati Kehidupan Yang Lebih Mampan Bersama Naturals by Watsons

Tak adil la kalau kami je yang berpeluang untuk menggunakan produk Naturals by Watsons Algae ni kan. 

Kalau korang pun nak cuba produk edisi istimewa dari Watsons ni jangan lupa untuk sertai Pop-up Naturals by Watsons Algae yang akan diadakan di beberapa pusat beli belah terpilih. Antaranya adalah, 

  • TRX The Exchange Mall (berdekatan dengan HeyTea)

Tarikh: 27 Mei sehingga 2 Jun

  • KL East Mall (Tingkat G)

Tarikh: 5 sehingga 9 Jun

  • The Starling 

Tarikh: 13 sehingga 17 Jun

  • IOI City Mall (LG 2, Watsons berdekatan)

Tarikh: 2 sehingga 8 Julai 

Sertai Kempen Kitar Semula Bersama Watsons 

Biodiversity

Alang-alang nak amalkan cara hidup yang lebih mampan tu, boleh la sertai kempen kitar semula bersama Watsons.

Korang hanya perlu membawa mana-mana botol plastik kosong jenama Watsons ke beberapa Watsons terpilih ((Mid Valley KL, KSL Esplanade, The Mines, Tropika Bukit Jalil, IOI City Mall dan Anggun) dan berpeluang untuk menebus eStamp Watsons. 

Korang hanya perlu kumpul 3 eStamp untuk menebus Naturals by Watsons Algae Shower Gel dengan hanya RM1 di laman web ataupun aplikasi Watsons. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Watsons dan sama-sama menjalani hidup yang lebih mampan bersama Watsons. 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas