Connect with us

Oh! Media

Upgrade Barangan & Peranti Lama HUAWEI Kepada Yang Baru Dengan Penjimatan Yang Meletop! Biar Betul?

Branded

Upgrade Barangan & Peranti Lama HUAWEI Kepada Yang Baru Dengan Penjimatan Yang Meletop! Biar Betul?

Dah hujung tahun ni, sedih pula tengok peranti yang selalu guna dah barai. Nak tukar sayang pula, makan kos lagi. Apa kata korang cuma tukar bahagian yang rosak tu, lagi jimat kan? 

Haa.. Ni kami nak share macam mana korang boleh dapatkan alat ganti untuk peranti HUAWEI pada harga penjimatan dan berbaloi-baloi sempena HUAWEI Service Carnival.

Bermula sekarang hinggalah 31 Disember 2021, korang boleh dapatkan macam-macam hadiah serta promosi yang meletop di setiap Pusat Perkhidmatan HUAWEI yang terpilih tau! Tapi, apa antara barangan dan peranti yang boleh ditukar baru? 

Upgrade Peranti & Barangan HUAWEI Yang Baru Dengan Diskaun Hebat

Di HUAWEI Service Carnival ni, korang boleh tukar alat ganti peranti korang kepada skrin dan juga cover belakang yang original untuk peranti HUAWEI yang terpilih dengan penjimatan sebanyak 60% tau! Banyaknya!

Bukan itu sahaja, kalau bateri fon dah kembung, korang tak perlu risau lagi sebab HUAWEI offer korang untuk ganti kepada bateri yang asal dengan serendah RM99 SAHAJA untuk peranti HUAWEI yang terpilih. Biar betul ni? 

Nak lagi best, untuk korang yang selalu merungut storage fon tak cukup, HUAWEI nak bagi korang storage sebesar 50GB untuk sebulan dengan serendah RM1 SAHAJA! Lepas ni, korang dah tak perlu risau dah untuk simpan banyak gambar dan video dalam storage korang.

Untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan, HUAWEI nak bagi waranti selama 90 hari untuk penggantian alat ganti serta diskaun sebanyak 20% untuk HUAWEI Care. Dan, korang juga berpeluang untuk bawa balik hadiah percuma tau! Wow!

Kemunculan HarmonyOS 2(Versi Beta) Yang Baru Di HUAWEI Vision S

Berita baik untuk semua pemilik HUAWEI Vision S, HUAWEI sekarang ni dah kemas kini serba baru untuk perisian HUAWEI Vision S! Serius lah?

Hadir dengan versi Beta HarmonyOS 2 terbaharu, korang boleh dapat sambungan yang lebih smooth dan lancar antara HUAWEI Vision S dan peranti HUAWEI yang lain seperti telefon pintar, tablet dan banyak lagi. Menarik!

Haa, siapa yang suka tengok wayang tu, HarmonyOS yang baharu ni dapat realisasikan impian korang untuk feel tonton wayang dekat rumah saja tau! Biar betul?

Korang hanya perlu upgrade HUAWEI Vision S dengan perisian terkini sebab ia menyediakan Pawagam dan Tayangan Rumah dengan sambungan dua pembesar suara HUAWEI Sound ke skrin pintar! Jadi lepas ni syok lah korang tengok movie dekat rumah je.

Bukan itu saja, dengan upgrade terbaru HUAWEI Vision S ni, korang boleh sambungkan peranti HarmonyOS 2 atau EMUI 12 yang lain melalui ciri Multi-Collaboration pada pelancaran HUAWEI nova 9 atau HUAWEI MatePad Pro baru-baru ni tau!

Lagi best, dengan upgrade ciri Share Screen yang terbaru ni, korang boleh kongsi kandungan telefon pada skrin dengan lebih mudah melalui HUAWEI MeeTime! 

Dengan kerjasama antara HUAWEI Vision S dan peranti lain yang menyokong HarmonyOS 2, ia memudahkan lagi untuk korang bertukar kandungan atau membuat panggilan antara peranti dengan satu klik saja! Fuhhh, jimat masa korang!

Jadi senanglah kalau korang nak bertukar kandungan atau membuat panggilan antara peranti dengan hanya satu klik sahaja! 

Peranti HUAWEI MatePad Hadir Dengan HarmonyOS Friendly User Test(FUT)

Korang yang pakai HUAWEI MatePad 10.4 dan MatePad 10.8, HUAWEI ada berita baik untuk korang yang mana kedua-dua peranti kini menyokong HarmonyOS juga tau!

Apa yang korang perlu buat adalah pergi ke mana-mana Pusat Perkhidmatan HUAWEI terpilih dan jalani Friendly User Test(FUT) untuk korang dapatkan Super Device, Distributed Projection, HUAWEI MeeTime Share Screen dan banyak lagi untuk peranti korang! Bestnya!

Muat turun aplikasi beta di Laman Web Rasmi HUAWEI dan daftar untuk ujian di SINI. Terhad untuk yang terawal saja tau! Jadi, cepat-cepat rebut peluang keemasan ini sekarang!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas