Connect with us

Oh! Media

(Trailer & Sinopsis) 10 Fakta Menarik Tentang Filem ROH Lakonan Namron Hingga Jentik Naluri Penonton!

Branded

(Trailer & Sinopsis) 10 Fakta Menarik Tentang Filem ROH Lakonan Namron Hingga Jentik Naluri Penonton!


<


Sinopsis Filem ROH:

Pada zaman dahulu, di pinggir sebuah hutan, sebuah keluarga daif yang terdiri daripada Mak (Farah Ahmad), Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, Adik (Putri Qaseh).

Adik memberi ramalan bahawa bila bulan mengambang, seluruh isi keluarga akan mati. Seorang dukun yang gelarkan dirinya Tok (June Lojong) menjangka petaka akan tiba. Seorang lelaki misteri Pemburu (Nam Ron) datang untuk mencari anaknya yang hilang, tetapi dia juga ada tujuan lain.

Peristiwa mistik dan seram berlaku bila yang haq dan yang batil bertembung; roh siapakah yang akan terselamat?


10 Fakta Menarik Tentang Filem ROH:

1. Satu-satunya filem cereka Malaysia yang dipilih untuk Singapore International Film Festival 2019 & Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2019. Hebat!

2. Filem cereka pertama arahan Emir Ezwan, yang sebelum ini menghasilkan filem pendek RM10 (2016) yang menang Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia.

3. Menampilkan Nam Ron, June Lojong & Harith Haziq yang sebelum ini tampil sebagai keluarga dalam filem REDHA. Cuma dalam filem ROH mereka bukan lagi ahli keluarga.

4. Menampilkan Farah Ahmad dan anak kandungnya, Mhia Farhana buat pertama kali di dalam sebuah filem. Beliau merupakan isteri kepada Allayarham Pit Hanif yang juga anak kepada pelakon popular, Fauziah Nawi.

5. Pelakon paling muda, Putri Qaseh hanya ada 2 ayat dialog: “Dia dah sampai” dan “Bila bulan mengambang, kau semua akan mati.”

6. Filem cereka pertama untuk Pengarah Fotografi Saifuddin Musa, yang terlibat dalam banyak iklan, filem pendek dan dokumentari di Malaysia.

7. Filem cereka pertama untuk Pereka Skor Muzik Reinchez Ng, graduan Berklee College of Music, Boston USA.

8. Filem ini hanya memerlukan 6 pelakon sahaja yang terbukti mampu memberikan kualiti lakonan terbaik mereka hingga terhasilnya sebuah filem hebat ini.

9. Tempoh penggambaran mengambil masa selama 15 hari dan memilih Dengkil sebagai lokasi utamanya.

10. Dengan barisan pelakon berkualiti tinggi, sinematografi yang cantik, dan ‘color grading’ yang sangat menarik, filem ini berjaya dihasilkan dengan menelan belanja sebanyak RM360,000.


Fakta Menarik Tentang Pengarah, Emir Ezwan

Lahir pada tahun 1980 di Kuala Lumpur. Walaupun belajar Kejuruteraan Komputer & Elektronik di universiti, dia lebih minat muzik dan desain sejak muda lagi. Dia penubuh bersama studio desain Karyalabs pada 2007 dan aplikasi teknologi kewangan Billplz pada 2009. Dia juga pengasas Entropy Studios yang menghasilkan pelbagai muzik video, video korporat dan iklan, dan juga VFX untuk filem seperti PUSAKA, FLY BY NIGHT dan ONE TWO JAGA. Filem pendeknya RM10 (2016) memenangi anugerah di Malaysia dan beberapa festival di Eropah. ROH ialah filem cerekanya yang pertama.

Apa Pandangan Oh! Media?

Dari trailer filem ROH ini, kami lihat ramai yang memuji sinematografi dan juga ‘color grading’ filem ini yang dikatakan menyamai kualiti filem-filem seram dari Indonesia sekaligus mengundang rasa ingin menonton sendiri di panggung wayang nanti. Ohmedia melihat ini sebagai sebuah lagi kejayaan kepada filem tempatan dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi untuk ditonton. Wajarlah mengapa filem ini dipilih ke Singapore International Filem Festival 2019 berbanding filem tempatan lain.

Filem ROH akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mac 2020 ini.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas