Connect with us

Oh! Media

Tips Mudah Jadi Content Creator. First Pastikan Internet Korang Laju & Stabil Tau!

Branded

Tips Mudah Jadi Content Creator. First Pastikan Internet Korang Laju & Stabil Tau!

Rancak betul content-content baru di media sosial sekarang, Oh! Media kalau layan sosial media, sampai tak sedar kadang-kadang dan 3 jam berlalu. Parah ni!

Sebut je aplikasi popular seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter, rata-rata platform ini mempunyai pencipta kandungan (content creator) yang menghasilkan kandungan menghiburkan dan membuatkan kita yang menontonya rasa terleka. 

Tapi korang tau tak, sekarang ni menjadi seorang content creator merupakan satu bidang pekerjaan dan ia mampu memberikan hasil yang lumayan tau. Mari Oh! Media kongsikan apa yang korang perlu ada untuk menjadi seorang content creator yang bagus.

1. Idea.. Idea.. Idea

Bagi kami sesiapa saja mampu mencipta content, tapi untuk memastikan content yang dihasilkan mendapat perhatian apa yang korang perlukan ialah idea. Pandangan dan perancangan korang melihat sesuatu membezakan kandungan yang dicipta dengan orang lain.

Sebagai contoh korang nak jual kerepek kalau setakat letak gambar mungkin orang tak berminat tapi kalau korang guna video orang tengah makan kerepek tu dengan lebih nikmat atau ASMR kan lebih meyakinkan kerepek yang korang jual tu sedap.

2. Kreatif dan content yang rare

Dah ada idea tapi tak kreatif pun susah juga. Nak jadi kreatif ni korang kena banyak explore dan tengok content-content lain. Bukan nak suruh korang meniru, sebaliknya daripada apa yang ditonton tu, korang boleh improvise atau bahasa mudah kita katakan tiruvasi (meniru+inovasi).

Barulah kandungan korang nampak lebih fresh walaupun content korang mungkin ada yang pernah buat sebelum ni,  tapi disebabkan kandungan yang lebih unik, orang akan tengok berulang-ulang kali. Antara ciri kandungan yang kreatif termasuk dari segi editing, penggunaan lagu yang viral dan angle rakaman yang kreatif (kalau statik je, bosan juga).

Kalau korang pandai bercakap dan menghiburkan itu merupakan satu bonus.

3. Pastikan internet yang digunakan laju dan tak lag!

Sembang nak jadi content creator benda paling penting korang kena ada mestilah internet yang pantas. Kalau internet tersekat, spoil pula video korang tengah buat live atau tengah edit content baru. Sakit pula hati!

Kat pasaran sekarang banyak pelan internet yang ditawarkan, jadi korang kenalah pandai pilih rangkaian internet yang betul-betul stabil untuk menemani kehidupan seharian. Internet stabil lebih banyak video korang boleh explore!

Mana Orang Penang?  Ada Berita Baik Kami Nak Habaq Pada Hampa Semua!

Haaa.. Ada orang Penang kat sini? Takde ke yang minat nak jadi content creator? Tempat hampa kan best dan banyak makanan yang sedap, sampai orang negeri lain pun jaki (typo) jadi. Jadi inilah masa untuk hampa semua explore dan kongsikan dekat media sosial!

Ni kami nak share, kalau hampa semua nak cari pelan internet terbaik untuk buat content, apa kata guna je pelan Celcom. Ramai dah orang Penang dekat Bayan Lepas, Pematang Pauh, Bagan, Kepala Batas, Bukit Bendera, Gelugor dan Jelutong approve line Celcom ni terbaik.

Kalau tak percaya, apa kata hampa semua cuba sendiri, sebab Celcom ada pelan internet eksklusif untuk orang Penang di mana hampa semua boleh melanggan promosi 30 hari percubaan PERCUMA untuk pelan Celcom MEGA™ RM128 (pelan sahaja). 

Kalau nak buat content mestilah kena ada peranti yang best kan? Haaa.. Ni kami nak habaq dengan pelan Celcom ni juga hampa boleh menikmati pelan penjimatan untuk peranti Android dan iPhone terkini sehingga RM1,500. Wow!

Malah Celcom turut menawarkan pelan terpendek untuk memiliki iPhone 13 Pro Max dan Samsung Z Flip3 5G  terbaru dengan pilihan kontrak 12 atau 18 bulan dengan pelan pascabayar Celcom MEGA™. 

Untuk pelanggan sedia ada, jangan sedih dulu,  ada juga ganjaran menanti hampa semua. Hanya rujuk rakan-rakan dan ahli keluarga dan hampa berpeluang mendapatkan baucar Lazada bernilai sehingga RM250 bila mereka beralih ke Celcom MEGA™ (Setiap satu rujukan dapat RM50 untuk hampa dan rakan atau keluarga).

Nak Menang iPhone terbaru? Sertai Cabaran #CelcomEasyNia Hari Ni!

Dah ready nak jadi content creator? Mulakan dengan #CelcomEasyNia dan kongsikan passion hampa semua. Tak tau nak buat lagu mana? Tonton video di bawah.

Jadi orang Penang, jangan biarkan connection internet menghalang kreativiti hampa. Maklumat lanjut atau ingin bertukar ke Celcom, boleh klik https://www.celcom.com.my/personal/penang

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas