Connect with us

Oh! Media

Tingkatkan Produktiviti Tanpa Had dengan HUAWEI MatePad 10.4 dan MateBook D 15

HUAWEI MateBook D15 dan MatePad 10.4

Branded

Tingkatkan Produktiviti Tanpa Had dengan HUAWEI MatePad 10.4 dan MateBook D 15

Semenjak kita diberi pilihan untuk bekerja di rumah dan di pejabat, ramai antara kita yang sibuk menyiapkan kerja tak kira tempat dan masa. 

Itu belum kira lagi yang terpaksa menggunakan pelbagai peranti dan aplikasi untuk menyiapkan kerja dan akan memakan banyak masa. 

Sama juga untuk pelajar, mesti korang pun ada banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah lagi-lagi nak dekat penghujung semester ni. 

Memahami keadaan korang yang mempunyai banyak tugasan ni, kami nak share dua peranti terbaik yang dapat memudahkan kerja korang tak kira tempat dan masa iaitu HUAWEI MatePad 10.4 dan HUAWEI MateBook D15.

HUAWEI MatePad 10.4

Kini Boleh Jadi Lebih Produktif Di Mana Saja

Untuk korang yang perlu buat kerja tak kira masa dan tempat, korang dah tak perlu risau lagi untuk bawa laptop berat ke hulur ke hilir sebab dengan HUAWEI MatePad 10.4 ni, korang boleh siap kerja tanpa perlu merasa beban tau!

Selain itu, tablet ini juga dapat memudahkan kerja korang untuk mencatat nota dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan serta fleksibel untuk bertukar bermain video game disebabkan oleh reka bentuk yang ringan, langsing serta mudah alih. Menarik!

Dengan seberat 450g, berkelebaran 7.35mm serta hadir dengan bingkai melengkung mikro pada badan, tak dinafikan lagi HUAWEI MatePad 10.4 ini boleh memberikan cengkaman yang selesa dan lebih muat dekat tangan korang. Jadi, senang lah korang nak gunakan di mana saja!

Penstriman & Bermain Video Game Kini Lebih Lancar

Untuk korang yang suka strim drama, movie atau tonton rancangan TV, serta bermain video game, gandakan lagi kepuasan korang dengan HUAWEI MatePad 10.4 sebab ada macam-macam ciri yang akan buat korang jatuh cinta tau! 

Antaranya, tablet ini hadir dengan paparan skrin seluas 10.4 inci HUAWEI FullView, 84% nisbah screen-to-body serta bezel yang langsing. Haa, memang puas lah nak tenung tablet ni lama-lama nanti!

Alang-alang paparan skrin besar, mestilah HUAWEI upgrade resolusi, barulah best nak binge watching nanti! Hadir dengan paparan beresolusi 2K, tablet ini menawarkan paparan yang lebih jelas dan butiran yang lebih besar dalam ketepatan warna.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free yang bermaksud paparan yang dipasang pada tablet dapat meminimumkan kesan cahaya biru pada mata korang tau. Haa, lepas ni tak ada masalah sakit mata lagi bila tenung skrin lama-lama!

Pengalaman Audio Yang Lebih Menarik

Selain menekankan kepentingan visual, HUAWEI juga hadir 4 pembesar suara dan audio profesional yang dikuasakan oleh Harman Kardon yang dapat memberikan pengalaman audio yang lebih sinematik. Barulah ada feel nak tengok movie atau main game nanti.

Bukan itu saja, HUAWEI MatePad 10.4 juga hadir dengan tiga mikrofon serta ciri pengurangan hingar yang direka sendiri oleh HUAWEI untuk membezakan suara dan hingar pada masa nyata serta menapis mikrofon untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan. Menarik!

Peranti Mampu Bertahan Seharian

Biasa bila dah lama sangat guna tablet ni, mesti korang akan kecewa bila bateri cepat habis betul tak? Lepas tu, kawan-kawan korang pula tak bawak pengecas, haa lagi sedih!

Korang tak perlu risau lagi sebab HUAWEI MatePad 10.4 boleh digunakan dengan jangka masa yang sangat lama sehingga 12 jam playback video beresolusi 1080HD untuk sekali pengecasan. Wow!

Ia juga hadir dengan pengecasan pantas HUAWEI 22.5W yang dapat memberikan pengecasan penuh dalam masa 2.5 jam saja. Lajunya! 

Tabiat Jurnal Dipupuk Dengan HUAWEI MatePad 10.4

Kenapa perlu bersusah-susah beli buku catatan kalau boleh catat di HUAWEI MatePad 10.4 betul tak? 

Dengan menggunakan HUAWEI M-Pencil, korang boleh mencatat lebih banyak nota tanpa had serta lebih mudah untuk dibawa ke mana saja.

Selain itu, tablet ini juga boleh serasi dengan banyak aplikasi daripada AppGallery seperti WPS, Jnotes dan Touchnotes, yang dapat memudahkan korang untuk menulis dan melukis dengan lebih lancar. 

HUAWEI MateBook D15

Peranti Estetik Alaf Baru

Kalau korang suka reka bentuk yang estetik, memang HUAWEI MateBook D15 ni sesuai sangat untuk korang sebab ia mempunyai rekaan yang mesra pengguna serta kelihatan premium! Sesuai untuk korang yang sedang bekerja atau belajar.

Hadir dengan paparan skrin penuh HUAWEI 15.6 inci, bezel nipis 5.3mm serta nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87%, tak dinafikan lagi dapat memberikan korang pengalaman yang menarik apabila menggunakannya!

Selain itu, korang tak perlu risau lagi kalau terasa terbeban untuk bawa komputer riba ke mana saja sebab HUAWEI MateBook D15 ni mempunyai berat 1.56kg saja serta berukuran 16.9mm tau. Wow, ringan sangat ni!

MateBook D15 ini juga dikemaskan lagi dengan 11th Generation Intel® Core™ i5 processor

baharu serta proses SuperFin yang membolehkan komputer riba menjalankan aplikasi intensif dengan mudah. 

Untuk korang yang perlu buat banyak kerja menggunakan komputer riba, kini segalanya akan menjadi lebih mudah dan lancar dengan MateBook D15 sebab ia mempunyai RAM 16GB tau! 

Ia juga dilengkapi dengan port seperti USB Type-C, USB 3.2 Gen 1, 2x USB 2.0, HDMI, dan port tambahan 3.5 mm tau. Haa, lepas ni korang dah tak perlu nak beli port baru semata nak cucuk dekat komputer riba untuk alihkan dokumen. 

Peranti Disambung Dengan Lebih Lancar & Produktiviti Pengunaan Dipertingkatkan

Memahami keadaan korang yang perlu bekerja di mana saja, HUAWEI hadir dengan tiga mod pada HUAWEI MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh HarmonyOS 2 iaitu Mirror Mode, Extend Mode dan Collaboration Mode. 

Mirror Mode(Mod Cermin): Skrin MateBook D15 boleh dicerminkan ke tablet dan akan menunjukkan kandungan yang sama pada kedua-dua peranti. HUAWEI M-Pencil generasi ke-2 bukan setakat boleh digunakan pada tablet, malah untuk menandatangani, menambah ulasan serta melukis untuk tugasan pada PC. Menariknya!

Dengan kerjasama Tablet-PC Multi-Skrin, HUAWEI MatePad 10.4 boleh dijadikan pad lukisan digital, manakala HUAWEI M-Pencil generasi ke-2 boleh digunakan untuk menambah coretan pada kerja melalui perisian reka bentuk gred pro pada PC. 

Extend Mode(Mod Sambungan): Dengan extend mode yang terdapat pada HUAWEI MatePad 10.4 ini, ia dapat memberikan paparan tambahan pada MateBook D15 yang mana ia boleh menyediakan lebih banyak ruang untuk memaparkan kandungan. 

Maklumlah, kalau dapat kerja banyak sangat, tak menang tangan nak buat, korang pun mesti serabut nak buka banyak tab untuk buat kerja betul tak? Dengan HUAWEI MatePad 10.4, korang dapat melakukan macam-macam perkara tanpa had dengan menggunakan Multiscreen Collaboration tau. Haa, jimat masa!

Collaborate Mode(Mod Kerjasama): Biasanya kalau nak pindahkan kandungan, korang mesti akan guna pemacu kilat USB atau aplikasi pihak ketiga yang akan memakan masa yang lama betul tak?

Dengan Multiscreen Collaboration, korang dah tak perlu nak bersusah lagi nak memindahkan kandungan, hanya menggunakan tetikus PC untuk menyeret dan melepaskan fail (seperti imej, video, fail audio, dokumen dan lain-lain) antara HUAWEI MatePad 10.4 dan MateBook D15.

HUAWEI MatePad 10.4 & HUAWEI MateBook D15, Pemacu Teknologi Peranti Alaf Baru

Haa, banyakkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua peranti ni. Untuk korang yang sedang bekerja atau belajar, memang wajib ada dua peranti ni dekat rumah tau! 

Untuk HUAWEI MatePad 10.4, korang boleh dapatkan di seluruh negara pada harga RM1,599 di Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, Shopee serta Lazada bermula 3 May 2022. 

Beli sekarang untuk mendapat HUAWEI Smart Keyboard yang bernilai RM399 secara percuma!

Manakala untuk pengalaman yang lebih lancar menggunakan HUAWEI MateBook D15, korang boleh dapatkan dari harga RM3,099 di Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, Shopee serta Lazada.

Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang barangan PERCUMA bernilai RM827 termasuk HUAWEI Backpack, HUAWEI Bluetooth Mouse dan HUAWEI FreeLace. 

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas