Connect with us

Oh! Media

Anak-Anak Paling Lama Duduk Dalam Rumah Masa PKP, Ini Tempat Paling Sesuai Untuk Bawa Tengok Dunia Luar!

Branded

Anak-Anak Paling Lama Duduk Dalam Rumah Masa PKP, Ini Tempat Paling Sesuai Untuk Bawa Tengok Dunia Luar!

Ini gambar sebelum PKP, sekarang pihak Sunway Lagoon amat menjaga penjarakkan sosial.


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 March lalu, kita disarankan untuk terus berada di dalam rumah dan hanya keluar untuk tujuan yang penting sahaja. Anak-anak pula rasa bosan sebab mereka paling lama duduk dalam rumah memandangkan hanya ketua keluarga dan orang dewasa sahaja dibenarkan keluar rumah.

Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada 10 Jun 2020, lebih banyak kelonggaran diberikan dan perniagaan juga sudah dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu ikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Kita juga dah boleh pergi bercuti gais! Jadi ini berita baik untuk korang sebab, Sunway dah umumkan pembukaan semula Sunway Lagoon Wildlife Park mereka bermula 13 Jun 2020 ini dengan pengembaraan baru yang lebih menyeronokkan dari sebelum ini. Haiwan dekat sana pun dah rindukan korang. Hi!

Kiranya sepanjang cuti panjang ni, Sunway Lagoon tak tidur siang dan malam semata-mata untuk memikirkan keselamatan pengunjung bila datang melawat haiwan-haiwan nanti. Kita hanya perlu ikut Standard Operation Procedure (SOP) yang disediakan dan enjoy dalam persekitaran yang selamat bersama haiwan yang comel-comel. Best tu!

Krew Sunway Lagoon Wildlife Park sentiasa melakukan sanitasi bagi memastikan semua bahagian bebas dari sebarang virus.


Dibuka seawal jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari dan harga tiket juga sangat berpatutan dengan serendah RM39 sahaja gais! Lepas tu, kita dah boleh merasai pengalaman interaktif Zoo pertama di Malaysia dengan lebih 140 spesies dan 82 specific exhibits dari seluruh dunia dan meneroka taman hidupan liar yang berkeluasan 8 ekar ini.

Dekat sini nanti, korang akan dapat merasakan suasana seumpama berada di Village, Rimba, Jungle Trail, Aviary, New World Monkey, Tigerland, White Lion Kingdom dan banyak lagi. Paling best bila pergi Tree Top Terrace dengan Tree Top Walk sebab dekat sini korang akan jumpa Black Panther!

Inilah Black Panther dari Wakanda! Haha!


Ini Zola dan Zuri, kita boleh jumpa dekat The White Lion Kingdom.


Kita juga boleh saksikan persembahan hidupan liar di Wildlife Theatre yang menarik dan menghiburkan. Kalau terpilih, bolehlah korang bergambar dengan haiwan-haiwan ni. Penjarakan sosial juga akan dipraktikkan dan tempat duduk juga akan ditanda dan diselang-selang untuk memberi panduan kepada pengunjung.

Ada banyak lagi aktiviti yang kita boleh lakukan di Wildlife Park bersama anak-anak seperti bergambar bersama burung-burung yang cantik, berinteraksi dengan haiwan yang jinak, buat aktiviti Jungle Trail dan banyak lagi. Ohmedia cadangkan untuk bawa anak ke Pet Village Activities sebab dekat sini nanti kita akan diberikan sayur dan boleh bagi semua haiwan dekat situ makan.

Sunway Lagoon Wildlife Park amat mementingkan keselamatan dan kesihatan para pengunjung dan mereka turut sentiasa menjaga kesihatan haiwan di sini. Jadi, tak perlu risau dan jom tempah sekarang sebab tiket harian terhad. Barulah anak-anak rasa gembira sebab dapat keluar tengok dunia luar dan anak-anak juga dapat memahami apa itu norma baharu.

Untuk maklumat lanjut boleh boleh layari www.sunwaylagoon.com atau boleh terus lakukan tempahan di sini.

#SaveTheDate #TimeToGetWild #AnimalLover #BestDayEver #SunwayLagoonMY #CutiCutiMalaysia

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

To Top