Connect with us

Oh! Media

Team Ohmedia Pergi Bercuti Ke Manila. Watsons Siap Bagi Gift Card PERCUMA!

Bercuti Ke Manila Bersama Watsons

Branded

Team Ohmedia Pergi Bercuti Ke Manila. Watsons Siap Bagi Gift Card PERCUMA!

Baru-baru ni team Ohmedia bercuti dengan 40 orang pemenang bertuah Spend & Win Watsons ke Manila, Filipina! 

Untuk pengetahuan, percutian ini dianjurkan oleh Watsons dengan kerjasama Tourism Promotions Board Philippines untuk mempromosikan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi apabila terbang ke Manila. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman kami bercuti di Manila selama 4 hari 3 malam, korang wajib baca sampai habis!

Shopping 3,000 Peso Watsons Gift Card Di SM Aura Premier, Bonifacio Global City! 

Antara lokasi wajib dikunjungi apabila korang tiba di Manila adalah Bonifacio Global City(BGC) yang terletak di Taguig, Metro Manila, Filipina. 

Kalau korang nak tau, lokasi  ini merupakan salah satu bandar terkenal di Filipina disebabkan oleh struktur perbandaran yang tersusun serta menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti mesra pejalan kaki, taman permainan, pengangkutan awam dan banyak lagi! 

Selain itu, bandar ini juga dibina dengan pelbagai seni bina unik, trafik yang terkawal dan paling penting, persekitaran bandar sangat bersih! Serius tak tipu, sepanjang kami berada di BGC ini, kami tak nampak satu sampah langsung tau! 

Haa, kalau dah namanya melancong, mesti kita akan shopping sakan betul tak? Di BGC ini menempatkan banyak pusat beli belah dan pasar raya terkenal seperti SM Aura Premier Mall, Venice Grand Canal Mall, Market! Market! dan banyak lagi. 

Memandangkan kami bercuti bersama Watsons. first stop kami adalah ke SM Aura Premier Mall dan berpeluang untuk melawat cawangan Watsons Filipina, dan kami dikejutkan dengan sambutan yang sangat meriah. Siap dapat 3,000 Peso Gift Card untuk berbelanja tau!

Kalau korang nak beli barangan tempatan yang harga berpatutan, korang wajib singgah ke Market! Market!

Dekat sini ada banyak pasar penjaja dan kedai-kedai yang menjual aksesori, barangan tempatan, buah-buahan, bunga segar dan banyak lagi. Memang meriah!

Bukan itu saja, di Market! Market! pun ada tempat hiburan seperti pawagam dan taman tema tau. Jadi, kalau korang nak berbelanja sambil berhibur, boleh lah singgah ke sini!

Untuk korang yang melancong bersama tersayang, dan mencari tempat dating yang romantik, korang wajib singgah ke Venice Grand Canal Mall sebab ia dibina dengan reka bentuk yang unik dan diberi gelaran “pusat beli-belah paling romantis” di Filipina. Memang sweet! 

Seni bina pusat beli belah ini diinspirasi daripada Itali yang diilhamkan oleh Grand Canal, iaitu sebauh bandar klasik Venice serta mempunyai terusan besar dan jambatan yang diilhamkan daripada jambatan terkenal Venice. Fuhh, port ni memang sesuai sangat untuk dating!

Tour Budaya, Jelajah Ke Tempat Bersejarah Di Manila!

Bukan melancong lah kalau tak melawat ke tempat-tempat keagamaan dan sejarah untuk mengenali gaya hidup warga tempatan betul tak? 

Kalau korang berada di Manila, antara tempat korang wajib lawati adalah Golden Mosque Al-Dahab, Quaipo sebab ada banyak sejarah yang korang perlu tahu sepanjang pembinaan masjid emas ini. 

Diberi gelaran Golden Mosque disebabkan hiasan dalaman serta kubah dicat dengan warna emas, tak dinafikan masjid ini memang lawa dari luar dan dalam serta sangat selesa untuk mengerjakan ibadah sebab ia mampu memuatkan sehingga 22,000 jemaah. Memang besar!

Selain Golden Mosque, Chinatown Museum, Binondo Manila juga menjadi lokasi yang korang wajib singgah sebab ia mempamerkan sejarah-sejarah tentang Chinatown yang tertua di dunia!

Untuk pengetahuan, muzium ini menggambarkan bagaimana aspek kehidupan masyarakat Filipin-Cina yang bermula dari abad ke-10 menerusi 18 galeri. 

Kalau korang nak mengetahui tentang sejarah jajahan Sepanyol di Filipina, korang wajib singgah ke Intramuros, yang merupakan kota tertua di Manila. 

Dekat sini ada banyak bangunan-bangunan bersejarah Sepanyol yang dibina sejak tahun 1571 lagi tau. Kitorang sangat terpegun melihat keindahan bangunan-bangunan bersejarah yang ada sebab semuanya cantik dan instagrammable!

Kalau korang dah puas berjalan melihat dan mempelajari sejarah-sejarah di Manila, korang boleh singgah ke SM Mall Of Asia(MOA) untuk shopping sakan yang terletak berdekatan dengan Intramuros. 

Mesti korang terfikir kenapa pusat beli belah ini diberi gelaran Mall of Asia betul tak? Haa, kalau korang nak tahu, ia merupakan pusat beli belah ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia tau! Jujur kami cakap, besar shoppin mall ni sampai kaki kami penat nak berjalan. 

Pusat beli belah ini dibahagi kepada 4 bangunan yang bersambung dengan laluan pejalan kaki dan lalu bertingakat iaitu, Main Mall, Entertainment Mall, SM Supermarket dan SM Hypermarket. Jadi, korang dah tak perlu susah-susah nak mencari kedai sebab pusat beli belah ini telah dibahagikan mengikut kategori.

Makan Tengahari Berlatar Belakangkan Air Terjun Di Villa Escudero!

Siapa dekat sini suka menikmati pemandangan alam semula jadi? Haa, dekat Manila ni korang boleh makan tengahari dekat air terjun tau! Siap boleh mandi atau bermain rakit buluh lagi! 

Tempat yang kami maksudkan ini adalah Villa Escudero, San Pablo Laguna yang terletak kira-kira 2 jam daripada Manila. Ia merupakan sebuah ladang pertanian kelapa yang diasaskan sejak tahun 1880-an oleh Don Placido Escudero dan isterinya Dona Claudia Marasigan. 

Kalau korang nak tahu, pada asalnya ladang ini merupakan tempat penanaman tebu, namun ditukar kepada kelapa oleh anak lelaki mereka iaitu Don Arsenio Escudero pada awal 1900-an. 

Pada 1981, ladang ini telah dibuka kepada orang ramai dan menjadi sebuah resort destinasi pelancongan utama penduduk tempatan dan pelancong untuk melihat warisan budaya Filipina dari sudut sejarah, masakan, pakaian, adat resam dan keindahan alam semula jadinya.

Tapi, nasib kami tak seberapa baik sebab pada waktu itu berlakunya ribut tropika Nalgae. Jadi, tak banyaklah momen yang kami dapat tangkap, cuma kami diberi peluang untuk melawat beberapa kawasan dalam Villa Escudero! Memang best!

Selain itu, dah alang-alang korang dekat bandar San Pablo, korang wajib singgah ke Sulyap Gallery Cafe Museum sebab dekat sini ada ratusan koleksi antik daripada perabot kayu, seramik, hingga artifak keagamaan. 

Jujur kami cakap, muzium ini sangat menarik sebab daripada koleksi yang dikumpul dapat memberikan gambaran bagaimanakah kehidupan semasa era penjajahan di Filipina. Jadi, kalau korang nak rasa sendiri pengalaman tersebut, jangan lupa singgah sini tau!

Nikmati Lebih Banyak Peluang Melancong Dengan Watsons!

Wah, banyak kan tempat-tempat menarik yang ada di Manila, Filipina? Lepas ni, dah boleh masukkan destinasi ini dalam bucket list pelancongan korang sebab kami jamin korang confirm akan jatuh cinta dengan destinasi ini terutama dengan layanan daripada warga tempatan! 

Seperti yang korang tahu, Watsons tak pernah mengecewakan pengguna mereka dengan menyediakan pelbagai hadiah lumayan serta peraduan menarik, di samping promosi barangan khas untuk pelanggan setia mereka. 

Jadi, Watsons ada beri “hint” kemungkinan untuk destinasi pelancongan seterusnya iaitu ke pulau Cebu, Filipina semasa makan malam perpisahan di Ilustrado’s Restaurant, Intramuros. Wow, seriuslah?! 

Haa, tunggu apa lagi, pastikan korang kekal setia bersama Watsons untuk lebih banyak hadiah lumayan untuk dimenangi, trip pelancongan yang menarik serta diskaun hebat untuk barangan Watsons! 
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas