Connect with us

Oh! Media

Menu ‘Moreh’ Kepci Wajib Cuba. Sampai Esok Pagi Teringat-Ingat!

Branded

Menu ‘Moreh’ Kepci Wajib Cuba. Sampai Esok Pagi Teringat-Ingat!

“Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba. Marhaban ya Ramadan…  Marhaban ya Ramadan”

KFC datang lagi dengan menu baru guys. Kali ni ada sentuhan arab-arab sikit. Sesuai betul timing dengan kedatangan puasa Ramadan dan Syawal yang mulia bagi umat Islam.

Untuk menu baru kali ni, KFC bawakan Arabian Spice Crunch. Ayam goreng rangup yang disaluti dengan rempah-ratus dari Timur Tengah. Wow, nampak menarik!

Nikmati keenakan Arabian Spice Crunch dengan set kombo KFC!

Perghh nak dekat puasa, KFC perkenal hidangan baru Arabian Spice Crunch. Ini maksudnya wajib cuba! Memandangkan orang Malaysia pun suka makan rempah ni, kami yakin Arabian Spice Crunch ni takkan mengecewakan korang.

Setiap gigitan, korang boleh menikmati keajaiban 1001 malam dengan sensasi rasa pedas, manis dan smoky pada ayam goreng Arabian Spice Crunch. Macam mana kami tau?

Mestilah sebab kami sendiri dah cuba!

Apa yang kami boleh cakap, secara peribadi Arabian Spice Crunch ni mungkin merupakan diantara hidangan terbaik di KFC yang kami suka dan confirm akan repeat lagi bersama famili dan rakan-rakan. Dia punya sedap hingga menjilat jari.

Untuk hidangan KFC Spice Crunch ni ada 3 kombo yang ditawarkan iaitu:

Arabian Spice Crunch (kombo 2 ketul ayam) 

Arabian Spice Crunch (kombo 3 ketul ayam) 

Arabian Spice Crunch (box meal) 

Kongsi kelazatan KFC pada bila-bila masa!

Bulan Ramadan dan Syawal menjadi bulan di mana kita banyak berkumpul bersama sahabat, keluarga dan mengunjungi sanak-saudara.

Kalau korang nak menu hidangan yang mudah ketika bersama, KFC Arabian Spice Crunch semestinya pilihan yang terbaik. Macam ni barulah nikmat disyukuri bersama KFC.

Untuk pengetahuan korang KFC Arabian Spice Crunch ni telah mula dijual tapi hanya ada untuk waktu yang terhad je tau!

Buat tempahan korang sekarang melalui scan code QR dan tempah, aplikasi KFC atau secara atas talian dan self-collect di outlet yang berhampiran.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan kesabaran dan menikmati syawal dengan penuh kebahagian.

Salam Ramadan dan Syawal daripada KFC.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas