Connect with us

Oh! Media

Skechers Perkenal Koleksi Pokémon Terbaru! Pergh Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-Kanak Betul Ni!

Skechers Pokemon

Branded

Skechers Perkenal Koleksi Pokémon Terbaru! Pergh Mengimbau Kenangan Zaman Kanak-Kanak Betul Ni!

Bila sebut tentang kasut, perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah tahap keselesaan sebab kita memerlukannya untuk pergerakan seharian dalam jangka masa yang lama. 

Sebab itulah, Skechers sering menjadi pilihan kerana ia menawarkan pelbagai jenis kasut, sandal dan foamies yang selesa, dalam masa yang sama mempunyai rekaan cool dan trendy! 

Haa, cakap pasal Skechers ni, kami ada berita menarik untuk korang yang mana mereka hadir dengan siri foamies GOwalk 5 terbaru yang kelihatan sangat selesa dan paling penting rekaannya sangat cute!

Koleksi Pokémon Pertama Dari Skechers

Haa, Skechers baru saja melancarkan koleksi Pokémon sulung mereka yang direka dengan rekaan Skechers GOwalk 5 Foamies tau. Fuhh, biar betul?!

Macam yang korang tahu, Pokémon merupakan siri animasi dan permainan yang terkenal dan diiktiraf di peringkat global. 

Jadi, untuk menggamit semula kenangan waktu kecil, Skechers tampil dengan 5 jenis rekaan yang sesuai untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Jom kita tengok 5 rekaan koleksi ini! 

Pikachu

Siapa je yang tak kenal dengan karakter popular Pokémon, Pikachu betul tak? Haa, tikus comel jenis elektrik ini menyerikan rekaan foamies dengan gaya yang bertenaga pada vamp. Sesuai untuk lelaki dan wanita!

Bukan itu saja, ia juga menampilkan skema warna electrifying yellow dan pristine white yang ceria serta tali tumit yang dihiasi dengan rekaan panahan kilat. Wow, comelnya!

Pada masa yang sama, tapak luar 1.5-inci tinggi dihiasi dengan warna hitam dan dikontraskan dengan jalur kuning untuk memberikan rupa yang lebih gagah. 

Haa, kalau korang pakai ni, confirm orang daripada jauh boleh nampak sebab bukan saja ia mempunyai warna yang striking, malah ia sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis outfit!

Eevee

Selain Pikachu, Skechers turut hadir dengan rekaan Pokémon Evolusi jenis Normal, Eevee yang mana ia merupakan Pokémon yang boleh mengubah komposisi badannya mengikut kesesuaian persekitaran sekeliling. 

Bagi rekaan ini ia dihasilkan khas untuk wanita saja tau sebab rekaan di kelihatan comel serta lebih kearah feminin. 

Apa yang menarik dengan rekaan ini adalah ia dihiasi dengan corak kolar bulu bulatnya pada foamies serta garis hitam yang membentang di sepanjang tapak luar berwarna coklat untuk menyerlahkan lagi karakter pada reka bentuk. 

Haa, kami yakin korang akan suka dengan rekaan Eevee ini sebab bukan setakat comel, malah tona warna foamies ini sesuai digandingkan dengan pakaian denim atau camisole top dan seluar camo

Jigglypuff

Kalau korang suka dengan warna-warna yang cerah, rekaan Jigglypuff adalah pilihan yang tepat dan sesuai untuk wanita. 

Siapa yang tak kenal dengan Pokémon Jigglypuff jenis Normal-dan-Fairy berwarna merah jambu ni? Ia bukan saja comel, malah dapat menawan hati orang dengan nyanyian lagu merdu yang akan membuatkan orang terlentok tidur! 

Foamies ini hadir dengan warna merah jambu pastel yang cantik serta menampilkan motif berulang abstrak pada tali tumit yang boleh bertukar mengikut lagu yang Jigglypuff nyanyikan. 

Imej mata ekspresifnya yang besar serta posing menyanyinya yang comel terletak cantik di sisi vamp foamies yang membuatkan ia kelihatan lebih bergaya dan comel pada masa yang sama.  

Kalau korang belum ada sandal, foamies atau kasut berwarna merah jambu pastel, korang wajib dapatkan koleksi Jigglypuff sebagai koleksi pertama sebab ia dapat menyerlahkan lagi gaya pemakaian serta dapat menunjukkan sisi comel korang!

Charizard

Kalau korang main video permainan Pokémon, mesti korang akan pilih Charizard sebab ia merupakan Pokémon jenis Api-dan-Terbang betul tak? Haa, bukan saja kuat, malah ia juga mempunyai sisi garang yang mampu menakutkan orang! Sesuai dengan penampilan lelaki.

Untuk rekaan koleksi ini, Charizard dipaparkan dengan posing terbang pada vamp foamies dan disertakan dengan hiasan berapi-api pada bahagian tali tumit, membuatkan gaya anda kelihatan lebih ganas! Fuhh, mesti style kan kalau dapat gandingkan dengan OOTD! 

Dengan tapak luar obsidian-hitam yang dibelah oleh coretan oren yang terang, foamies yang menarik perhatian dan serba boleh ini sesuai dengan hanya tee bersaiz besar dan kombo jeans yang dipasang.

Snorlax

Rekaan terakhir untuk koleksi Pokémon sulung Skechers adalah Snorlax. Haa, korang mesti tau punya Pokémon ni sebab comel dan kita sendiri pun boleh relate!

Pokémon jenis Normal-dan-Tidur ini mempunyai berat 460kg dan yang menghabiskan sebahagian besar harinya dengan tidur dan hanya bangun untuk makan sekurang-kurangnya 880 paun makanan setiap hari sebelum kembali ke tidur. Haa, siapa perangai macam ni?!

Untuk rekaan ini, ia tampil dengan tali tumit yang bercorak halus serta mempunyai tapak luar hitam yang dibelah dua oleh jalur krim di tengah, menyerupai warna perut dan muka Snorlax yang luas. 

Haa, agak-agak kalau korang nak keluar dengan outfit yang simple seperti t-shirt dan jeans, rekaan Snorlax ini sangat sesuai tau! 

Nikmati Hadiah Istimewa Dengan Skechers

Wow, banyak juga kan rekaan yang Skechers keluarkan dalam koleksi Pokémon ni? Dah lah comel, bergaya pula tu! Sesuai sangat digandingkan dengan pakaian sporty dan casual. 

Tak cukup dengan itu, kalau korang beli mana-mana dua item daripada koleksi Pokémon di Skechers Concept Stores, korang akan dapat Pokémon Dry Bag* secara PERCUMA yang mempunyai ciri penutup roll-top yang diikat dengan satu buckle, pengedap kedap udara yang diperbuat dengan bahan kalis air. Seronoknya! 

*Sementara stock masih ada

Korang boleh dapatkan koleksi ini di aplikasi e-Dagang Lazada dan Shopee serta di Cawangan Skechers terpilih seperti 1Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion KL dan Bukit Jalil, Mitsui Shopping Park LaLaport BBCC dan banyak lagi! 

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini, layari laman web rasmi Skechers atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas