Connect with us

Oh! Media

Siri HONOR Magic5 Pro Ada Warna Ungu?! Sedia Tembus Pasaran Pada Bulan Kebangsaan Ini!

Branded

Siri HONOR Magic5 Pro Ada Warna Ungu?! Sedia Tembus Pasaran Pada Bulan Kebangsaan Ini!

Bila tiba sesuatu perayaan ataupun hari special, mesti akan ada banyak promosi serta barangan ekslusif yang dilancarkan. Jadi tak hairanlah kalau HONOR mengeluarkan edisi khas Merdeka pada tahun ni. 

Sempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia, HONOR telah melancarkan siri HONOR Magic5 Pro Merdeka Limited . Wow!

Siri HONOR Magic5 pro hadir dengan reka bentuk menarik dan menawan, menggunakan vegan leather pada bahagian belakang peranti.

Korang boleh rasai pengalaman memukau menggunakan telefon pintar ini di stokis HONOR tersekat sekarang!

 Top 3 Flagship Di Malaysia & Jadi Pesaing Jenama Gergasi

Untuk pengetahuan, siri HONOR Magic5 Pro telah berada di pasaran hampir setengah tahun dan pernah menjadi fenomena apabila terdapat platform mengalami kekurangan stok kerana sambutan yang menggalakkan.

Apa yang menonjol mengenai HONOR Magic5 Pro ini ialah kamera Falconnya yang mampu merakam gambar makro tele yang sangat memukau selain paparan skrinnya yang selesa untuk tatapan lama.

Malah, Magic5 Pro turut mendapat pengiktirafan tempat pertama dari DXOMARK dan menjadikannya sebagai 3 jenama top telefon pintar di Malaysia selepas Apple dan Samsung. 

Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Untuk siri Merdeka limited ni, HONOR Magic5 Pro hadir dengan warna purple yang eksklusif dan memukau. Confirm korang akan suka, lagi-lagi pengguna wanita. Jadi para lelaki, sila bersiap sedia yer, kemungkinan telefon pintar ini menjadi idaman mereka. Hehehe..

Sebenarnya banyak keistimewaan yang ada pada HONOR Magic5 Pro tau. Nak tahu apa? Jom kami kongsikan satu per satu dekat korang ~ 

  1. Kemampuan Kamera Yang Memukau
Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Untuk HONOR Magic5 Pro, antara perkara yang tak boleh sangkal kehebatan lagi adalah dari sudut kamera. Ia hadir dengan 50MP Triple Camera System yang memberi kepuasan dalam bergambar. 

Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Dengan sistem ni, ia merangkumi 50 MP bagi sudut lebar dengan OIS, 50 MP untuk ultra sudut lebar dan juga 50 MP telefoto dengan zum optikal sehingga 3.5X serta dilengkapi OIS dan sensor 3D TOF. Gambar yang ditangkap memang nice lah! 

Bukan tu je, kamera utama telefon pintar flagship ini berkebolehan untuk zum sehingga 100X! Hebat kan? 

Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Menariknya lagi, HONOR Magic5 Pro ini mempunyai feature Millisecond Falcon Capture yang membantu dalam memproses gambar panning shot. Korang tak perlu susah semasa mengambil gambar orang melompat ataupun berlari, dengan sistem ini ia membantu memberi gambar yang jelas serta terperinci. 

  1. Skrin Berkualiti Tinggi, Perlindungan Mata Bebas Risiko

Untuk maklumat korang, skrin yang digunakan pada HONOR Magic5 Pro ini telah diiktiraf oleh DXOMARK serta mendapat tempat pertama dalam ujian yang dijalankan. 

Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Dengan fungsi  kadar segar semula 2160Hz PWM Dimming, Circadian Night Display dan Dynamic Dimming, telefon flagship ini mementingkan keselamatan dan kesihatan pengguna. Jadi korang tak perlu risau, mata korang akan sentiasa dijaga walapun kerap kali menggunakan telefon pintar. 

  1. Bateri HONOR Pada Tahap ‘Legend’
Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Korang rasa kenapa bateri HONOR Magic5 Pro ni diiktiraf sebagai legend? 

Sebab bateri telefon pintar ini tahan lasak. Dengan bateri sebesar 5100mAh serta disokong pengecasan pantas 66W memberi kepuasan penuh semasa menggunakan telefon pintar. Syok je guna, tak takut bateri habis cepat! 

Promosi Menarik Sempena Bulan Kebangsaan! 

Bermula dari 25 Ogos sehingga 17 September 2023, HONOR mengadakan promosi jualan bagi telefon pintar siri HONOR Magic5 di seluruh stokis di Malaysia. Korang boleh menikmati pelbagai diskaun menarik serta hadiah percuma bernilai sehingga RM10,000,000. Mahsyuknya! 

Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Antara promosi yang korang boleh nikmati adalah:  

  1. HONOR Magic5 Pro bernilai RM3999 (Harga asal: RM4299) & Hadiah percuma bernilai RM807
  • HONOR CHOICE pembesar suara bluetooth
  • Lanjutan jaminan 1 tahun
  • Perlindungan skrin retak untuk 180 hari
  • Hadiah tambahan.
  1. HONOR Magic5 bernilai RM2999 (Harga asal: RM3499) & Hadiah percuma bernilai RM727  
  • HONOR CHOICE pembesar suara bluetooth
  • Lanjutan jaminan 1 tahun
  • Perlindungan skrin retak untuk 180 hari
  • Hadiah tambahan
Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Bukan tu je, bagi korang yang ada siri HONOR Magic4 Pro dan berminat untuk menggunakan HONOR Magic5 Pro, korang boleh trade ini dan mendapat potongan harga sebanyak RM500. Best kan?

Sekiranya tiada siri HONOR Magic4 Pro, korang masih lagi berpeluang untuk trade in dengan telefon pintar yang lain serta mendapat potongan harga bernilai RM300. Jadi tak perlu risau, okay?! 

Honor, HONOR Magic5 Pro, merdeka, telefon, kamera, limited edition

Korang tahu tak dengan setiap pembelian telefon pintar dan tablet HONOR, korang berpeluang menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000,000. Macam mana nak menang? Senang je..

Apa yang korang perlu buat cuma bergambar dengan setiap pembelian peranti HONOR dan muat naik gambar di laman sosial beserta #HONORMerdeka2023. Korang berpeluang membawa pulang hadiah seperti HONOR Magic5, NESCAFE coffee machine dan juga bluetooth headset.
Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang HONOR Magic5 Pro Merdeka Limited di stokis HONOR terdekat. Nikmati pelbagai promosi menarik dan hadiah percuma dari HONOR. Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan peranti terkini, layari laman rasmi HONOR di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas