Connect with us

Oh! Media

Wow Janna Nick Keluar MV Baru Ke? Matchy-Matchy Sangat Dengan HONOR 90. Lagi-Lagi Cun…

Branded

Wow Janna Nick Keluar MV Baru Ke? Matchy-Matchy Sangat Dengan HONOR 90. Lagi-Lagi Cun…

Wow Janna Nick Keluar MV Baru Ke? Matchy-Matchy Sangat Dengan HONOR 90. Lagi-Lagi Cun….

HONOR kembali dengan siri telefon pintar terbaru HONOR 90. Kalau korang nak tau, telefon ini merupakan salah satu model paling dinanti oleh pengguna HONOR.

Mana tidaknya, walaupun berada dalam kategori telefon pintar mid-range, kamera mampu menghasilkan kualiti gambar sehingga 200MP tau. Tidak hairanlah ramai yang sanggup beratur untuk menjadi yang pertama memiliki HONOR 90. Harga jualan bermula dari RM1,799 saja, dapat hadiah percuma bernilai RM647, berbaloi sangat ni!

Cakap tentang HONOR 90, korang ada tengok tak MV terbaru Janna Nick dekat Instagram? Perasan tak yang Janna pegang HONOR 90 Diamond Silver yang latest sambil menari. Geram sebab dua-dua cantik!!

Kalau tanya kami berbaloi ke beli HONOR 90 ni? Haaa.. Ini kami bagi korang 5 sebab kenapa korang patut miliki HONOR 90.

1. Rekaan yang cantik & mewah

HONOR 90 menawarkan 3 warna yang menawan iaitu Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green.

Warna Diamond Silver diilhamkan daripada corak grid berlian. Membuatkannya tampil ringkas tetapi mewah dan elegan. Bagi warna Peacock Blue ia adalah warna yang menampilkan ciri moden, romantis dan bergaya. Warna dan coraknya pula diilhamkan dari batu permata opal dan bulu burung merak.

Untuk pilihan warna Emerald Green ia merupakan pilihan warna klasik dan abadi dengan tekstur yang licin.

2. Pemalapan Perlindungan Mata Bebas Risiko

Teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz HONOR 90 diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan bebas risiko. 

Kelipan frekuensi rendah berbahaya kepada mata pengguna dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan mata. Ia kemudiannya membawa kepada gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, penglihatan kabur dan gejala lain. 

Kalau korang selalu sakit mata ketika menggunakan telefon, bertukarlah kepada HONOR 90 dengan Pemalapan Perlindungan Mata Bebas Risiko untuk kesihatan mata korang.

3. Satu-satunya telefon pintar dengan definisi tinggi untuk kamera belakang & hadapan

Kredit foto: Yusuf

Wow susah nak jumpa kamera utama dan hadapan yang high definition macam HONOR 90 ni dengan 200MP+50MP.

Macam yang korang tau, bukan semua resolusi 200MP itu sama. Bagi HONOR 90, kamera utamanya dilengkapi dengan 200MP Super Sensing, dengan CMOS 1/1.4 inci dan teknologi piksel setara 16-dalam-1. Ia dapat merakam lebih banyak butiran dan menyekat sorotan dengan lebih baik dalam mod resolusi tinggi

Tengok, zum besar masih boleh nampak detail-detail bangunan, inilah kehebatan kamera 200MP. Tambahan dengan kamera depan 50MP, gambar selfie jelas tak kira di tempat terang ke malap, patutlah tu Janna suka fon HONOR 90 ni!

4. Storan besar 512GB untuk telefon pintar mid-range

Jarang telefon pintar kelas pertengahan menawarkan storan yang besar namun tidak bagi HONOR 90. 

Pada harga bermula dari RM1799, korang boleh dapat telefon pintar dengan storan12GB+256GB / 512GB. Macam ni lebih banyak gambar dan video boleh disimpan!

5. Bateri besar 5000mAh

Walaupun mempunyai berat 183g. HONOR 90 hadir dengan bateri 5000mAh, Ia membolehkan korang strim video sehingga 19.5 jam secara berterusan dengan hanya sekali cas. 

Bukan itu saja, ia juga menggunakan 66W HONOR SuperCharge, di mana ia dapat mengecaj sehingga 45 peratus bateri dalam masa 15 minit sahaja (bermula daripada bateri 3 peratus).

Miliki Siri HONOR 90 & Nikmati Free Gifts Bernilai Sehingga RM647!!

Tunggu apa lagi, jadi pengguna HONOR 90 hari ini. Milikinya pada harga RM1,799(12+256G) ATAU RM2099(12+512GB).

Beli sekarang dan korang akan dapat free gift seperti HONOR Earbuds X5, 1+1 jaminan lanjutan dan perlindungan 180 hari untuk perlindungan keretakan skrin.

Tapi bukan itu saja tau,  HONOR 90 turut menawarkan versi Lite yang boleh didapati pada harga RM1099 (8+256GB).

Temui Janna Nick di Roadshow HONOR 90 di IOI City Mall

Tak puas tengok kecomelan Janna Nick di video? Jom jumpa Janna Nick face to face di IOI City Mall pada 5 Ogos 2023 (bermula jam 2PM-4PM)

Maklumat roadshow HONOR 90:

Tarikh: 2 – 6 OGOS 2023

Tempat: LG East Court, IOI City Mall

Kejap bukan itu saja, kalau korang beli HONOR 90 semasa roadshow ni, korang boleh jadi yang bertuah untuk bawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM13,900. Wow!!!

Setiap pembelian di roadshow HONOR 90 juga layak untuk penyertaan cabutan bertuah. Dekat sana nanti, korang boleh try kolaborasi terbaru ZUS X Pepsi yang istimewa hanya ada dekat HONOR roadshow je!

So, save the date guys!!

Maklumat lanjut mengenai HONOR, korang boleh layari, https://bit.ly/HONOR90OHMEDIA

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas