Connect with us

Oh! Media

Sinaran Cahaya Biru Tingkatkan Risiko Photoaging? Mungkin INI Apa Yang Korang Perlukan

Branded

Sinaran Cahaya Biru Tingkatkan Risiko Photoaging? Mungkin INI Apa Yang Korang Perlukan

Zaman moden sekarang, peranti digital seperti telefon pintar, tablet dan laptop merupakan satu keperluan dan boleh dianggap sebagai ‘teman rapat’. Tidak kira sama ada di rumah atau di luar, benda penting yang korang akan selalu pegang mesti telefon pintar kan?

Tidak dinafikan, walaupun gajet membantu memudahkan kehidupan seharian, tetapi penggunaan secara berlebihan sebenarnya boleh memberikan kesan kepada diri kita tau!

Salah satunya, diri akan terdedah kepada blue light rays atau sinaran cahaya biru. Walaupun tidak memberikan kesan yang parah seperti barah kulit ataupun menyebabkan sunburn (terbakar), cahaya biru ini boleh menyebabkan peningkatan pigmen atau melanin yang membawa kepada masalah kulit. Takutnya!

Jadi kali ni Ohmedia nak share dengan 5 masalah kulit yang berlaku sekiranya korang kerap terdedah kepada sinaran cahaya biru. 

1. Hiperpigmentasi

Seperti yang kami katakan tadi, apabila kulit terdedah kepada cahaya yang berlebihan, kulit akan menghasilkan lebih banyak melanin yang menyebabkan bintik-bintik gelap akan timbul pada kulit muka dan membawa kepada tompokan jeragat.

2. Timbul Garis-Garis Halus

Apabila kerap terdedah kepada sinaran cahaya biru terlalu lama, risiko kerosakan pada lapisan paling luar kulit atau disebut photoaging (penuaan kulit akibat sinar) akan berlaku. Lama-kelamaan, kerutan di hujung mata atau frown lines akan mula terbentuk dan akan menyebabkan korang kelihatan tua sebelum usia. Takutnya!

3. Kulit Kusam

Kajian menunjukan bahawa seseorang menghabiskan masa bermain gajet sekurang-kurangnya 8 jam 5 minit sehari. Apabila wajah terdedah terlalu lama kepada sinaran cahaya biru, ia akan menyerap vitamin pada kulit yang menyebabkan wajah kelihatan tidak bermaya dan kurang berseri.

4. Kulit Menjadi Kering

Sama seperti mata, kita akan merasa letih ketika banyak menghabiskan waktu duduk menghadap skrin gajet terlalu lama. Walaupun ia tidak terlalu kelihatan, tetapi lapisan luar dermis akan lebih mudah terdedah kepada infeksi cahaya sinar biru yang menyebabkan kelembapan kulit berkurang.

5. Tekanan

Jangan ingat waktu kerja sahaja ada tekanan, penggunaan gajet secara berlebihan juga akan meningkatkan kadar stres apabila tidak mendapat rehat yang secukupnya. Bila tekanan berlaku, maka akan timbul masalah pada kulit iaitu jerawat dan tiny bump. Oleh itu, penggunaan gajet secara berhemat sangat penting demi menjaga kesihatan tubuh badan dan kulit.

Namun, semua masalah ini dapat diatasi dengan rutin penjagaan wajah yang baik termasuk penggunaan krim perlindungan cahaya atau sunscreen. Pilihan sunscreen yang ringan pada wajah dan cepat meresap dapat membantu kulit korang supaya kekal lembap, cerah dan terhalang dari sinaran cahaya biru. Paling penting, tidak merengsakan kulit!

SUNPLAY Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel Pilihan Tepat!

Haa, korang tahu tak ada sunscreen yang boleh melindungi masalah kulit seperti di atas? 

Jawapannya ada pada SUNPLAY  Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel!

Menariknya tentang sunscreen ini, ia mempunyai bahan pencerahan iaitu brightenyl yang membantu mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam serta jeragat. Bahan pencerahan yang digunakan juga selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Satu bahan yang istimewa pada sunscreen ini adalah chaga mushroom yang terkenal dengan kandungan melanin yang tinggi serta pigmen kulit yang penting pada kulit dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran cahaya biru yang berbahaya. 

Paling penting, ia mempunyai tahap perlindungan yang tinggi iaitu SPF50+ dan PA++++, yang mampu melindungi dengan berkesan bukan sekadar cahaya matahari, malah sinaran cahaya biru dan inframerah!

SUNPLAY Skin Aqua UV Super Moisture Gel Beri Kelembapan Ekstra Pada Kulit

Kalau rangkaian sunscreen di atas melindungi korang dari sinaran cahaya biru, ini lagi ekstra! SUNPLAY Skin Aqua UV Super Moisture Gel mengandungi peptida anti-penuaan atau Carnosine, yang mempunyai sifat anti-oksidan yang kuat untuk melindungi kulit daripada kerosakan cahaya inframerah.

Apa yang lebih menarik, sunscreen ini juga mendapat manfaat dari ekstrak biji koko yang membantu menghalang kerosakan kulit daripada sinaran cahaya biru. Malah, sunscreen ini diformulasi dengan ekstrak Snow fungus dan Asid Nano Hyaluronic yang sesuai untuk mengekalkan kelembapan pada kulit ketika melakukan aktiviti seharian.

Diformulasi Dengan Teknologi Solarex-5

Jika sebelum ini, sunscreen keluaran SUNPLAY menggunakan teknologi Solarex-3 yang memberi perlindungan Broad-Spectrum dari sinar UV, kali ini SUNPLAY menggunakan teknologi Solarex-5 yang mempunyai bahan bersifat brightening, moisturizing, antipollutant, dan antioksidan.

Apabila bertukar kepada teknologi baru ni, kedua-dua rangkaian sunscreen ini dapat melindungi kulit lebih berkesan daripada kesan bahaya UVA/UVB. Malah, ia juga membantu kulit agar mendapat perlindungan dari sinaran cahaya biru dan inframerah. Terbaiklah!

Sesuai Pada Semua Jenis Kulit

Kalau korang nak tahu, salah satu ciri sunscreen yang menjadi pilihan ialah sunscreen yang mempunyai tekstur yang lembut dan selamat pada kulit. Sunscreen dari SUNPLAY bebas dari alkohol, paraben, pewarna tiruan dan bahan yang terlarang. Kulit sensitif pun boleh pakai!

Kalau soal pemilihan sunscreen ni, mesti korang nak cari krim pelindung matahari yang tak melekit kan? Sunscreen dari SUNPLAY ini sangat sesuai dengan korang kerana ia lembut pada wajah dan diformulasi supaya terasa ringan pada kulit (water-light weightless feel).

Chup..chup, korang dah pernah cuba kedua-dua sunscreen ni? Kalau belum, korang boleh dapatkan sunscreen SUNPLAY Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel di cawangan Watsons dan Guardian berhampiran atau ke platform e-dagang Watsons dan Guardian. Sambil add to cart barang lain, korang juga boleh tambah sunscreen ni sekali di dengan pembelian di akaun Shopee dan Lazada SUNPLAY.

Nak cuba sunscreen SUNPLAY Skin Aqua UV Super Moisture Gel ni jugak? Mestilah boleh! Jom dapatkan sekarang di farmasi berdekatan seperti Watsons dan Guardian. Korang juga boleh dapatkan di Shopee serta Lazada.

Untuk maklumat lanjut, ikuti SUNPLAY di media sosial Facebook dan Instagram.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas