
Branded
Shahril Hamdan Bahan KJ Berlagak Muda? Hanya Sebab Kereta?
Nama Khairy Jamaluddin atau KJ bukanlah seseorang yang perlukan pengenalan panjang. Selain dikenali dalam bidang politik, KJ juga terkenal sebagai seorang yang berjiwa muda.
Beliau mementingkan penampilan walau di mana di berada. Di usia 48 tahun, KJ masih berpenampilan seperti seorang jejaka 20 tahun lebih muda.
Tapi, adakah rakan baiknya Shahril Hamdan bersetuju dengan kenyataan KJ masih tidak nampak seperti usia sebenarnya?
Shahril terus jawab ‘TIDAK”
Dalam satu temu bual, KJ bertanya kepada Shahril soalan cepumas yang membuatkan mereka dan tetamu jemputan terhibur.
“Bila saya pandu kereta MG, nampak saya muda tak?”
Tanpa fikir panjang, Shahril menjawab “TIDAK” untuk soalan berkenaan.
“Semuanya sebab anda bukan kerana kereta,” tambah Shahril lagi.
Jawapan itu disambut dengan gelak ketawa Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi dan Ketua Pegawai Operasi SAIC Motors Malaysia, Lee Wen Hsiang.
KJ kongsi kereta pertama di zaman universiti
Dalam temu bual itu, KJ menceritakan beliau pernah memiliki sebuah kereta berjenama MG ketika zaman universiti.
Kebetulan, jenama MG juga diasaskan di Oxford, England manakala KJ merupakan penuntut di universiti berprestij Oxford University dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi.
Jenama MG buat kemunculan semula

Sejak penubuhannya pada 1924, MG sinonim dengan jiwa muda disamping mengangkat inovasi dan tradisi.
Untuk rekod, MG sudah lama bertapak di negara ini malahan sebelum zaman merdeka, kini telah membuat kemunculan semula dengan imej yang tidak pernah dilihat.
Menurut Lee Wen Hsiang, pada April lalu, dua model iaitu MG4, MG ZS dilancarkan. Dua model ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat Malaysia.
Mereka bermula dengan kenderaan elektrik (EV) seperti yang sedang rancak dipromosikan kerajaan dan akan membawa model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi memenuhi permintaan.
Tonton video penuh untuk lebih perkongsian mengenai kereta keluaran MG
Semua ini dan banyak lagi perkongsian mengenai jenama kereta yang pernah dipandu KJ ini dalam sesi temu bual bersama orang kuat SAIC Motor Malaysia. Tonton di sini:
