Salah satu nikmat menjadi rakyat Malaysia semestinya kerana kita mempunyai masyarakat berbilang bangsa dengan budaya dan kepercayaan yang berbeza. Boleh kata selang beberapa bulan mesti ada saja perayaan besar.
Paling best bila tengok dekorasi di pusat membeli-belah, awal tahun hari tu penuh dengan naga dan nanas sekarang dah bertukar jadi ketupat dengan hiasan pelbagai tema.
Tapi korang jangan tak tau pula, setiap hiasan ni sebenarnya ada makna tersendiri. Kalau dalam masyarakat Melayu, ketupat tu ialah makanan tradisi dan wajib ada bila raya.
Bagi masyarakat Cina pula, perhiasan tu merupakan satu simbolik. Contohnya macam nanas, buah ni dikatakan mempunyai ‘Ong’ atau membawa tuah (dalam Hokkien ia disebut sebagai Ong Lai, ataupun Datanglah Kemakmuran), sebab tu boleh kata setiap rumah mesti akan ada hiasan nanas atau buah nanas ‘real’ bagi menjemput tuah. Menarik kan?
Bukan Hanya ‘Ong’ Nanas Juga Ada Banyak Khasiat!
Siapa sini suka makan nanas? Selain dianggap tuah oleh masyarakat Cina, rasa masam-masam manis buah nanas ni refreshing sangat!
Tapi kan, kalau nanas MD2 daripada Southern Valley, lagi sedap dan istimewa! Lain dari nanas jenis lain tau; asid kurang, boleh makan sebanyak mana pun dijamin tak rasa lidas.
Boleh juga buat jus, perasa dalam masakan dan semestinya jadi inti kuih tart.
Tetapi nanas MD2 bukan saja ada kelebihan dari segi rasa, malahan juga membawa dengannya pelbagai lagi kebaikan dari segi kesihatan pemakanan juga:
Vitamin C (Membantu pertahanan imun dan mencantikkan kulit)
Bromelain (Membantu penghadaman, batuk, bengkak dan jangkitan)
Vitamin B1 & B3 (Memulakan penghadaman)
Anti Oksidan (Bantu kurangkan risiko kanser)
Potasium (Mengurangkan risiko darah tinggi dan mengimbangkan kadar air badan)
Beta Karotena (Menjaga kesihatan mata, dan membasmi kekeringan mata)
Dah tahu semua ni, rasanya kalau tahun ni raya nak buat tema nanas agak-agak ‘onz’ tak?
Raya Confirm Ong! Aik Macam Salah Raya Je?!
Inilah orang kata bila kahwin berbilang bangsa, kena bertoleransi dan memahami budaya satu sama lain.
Kalau tak jadilah macam Ai Cheng, kononnya nak ambil inspirasi hias rumah daripada video raya namun lain pula jadinya.
Tengoklah sendiri video raya ni, sweet tapi kelakar pun ada juga!
Tak pernah dibuat orang Raya Aidilfitri gantung nanas, dah macam Tahun Baru Cina pula, sampai nanas pun dianyam.
Cari Nanas Berkualiti Tinggi Untuk Dijadikan Snek Ataupun Jus? Southern Valley Kan Ada!
Indahnya bila dapat cipta memori baru bersama tersayang, macam Ai Cheng dengan Amirul. Gara-gara nanas, famili mereka mengukir tradisi baru.
Kalau korang nak nanas yang segar dan berkualiti untuk hidangan Hari Raya ini, korang boleh dapatkan nanas MD2 manis, segar dan berkualiti tinggi Southern Valley, produk keluaran Farmbyte di pasaraya AEON dan Jaya Grocer sekarang.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.