Connect with us

Oh! Media

Ramai Dah Cuba! Ini 5 Manfaat Bio-Oil Skincare Oil Natural Bagi Atasi Kesan Jerawat Pada Wajah & Segala Masalah Kulit

Branded

Ramai Dah Cuba! Ini 5 Manfaat Bio-Oil Skincare Oil Natural Bagi Atasi Kesan Jerawat Pada Wajah & Segala Masalah Kulit

Siapa suka simpan parut? Mana mungkin ada orang yang suka lagi-lagi orang perempuan. Masalah kulit ni pasti akan dialami setiap orang tidak kira wanita mahupun lelaki dan lagi stress bila kesan tu ada dekat tempat yang orang lain boleh nampak macam dekat muka, tangan dan kaki. Jadi macam mana nak tangani masalah ni?

Kalau tanya orang lain mesti banyak yang suruh cuba Bio-Oil Skincare Oil Natural yang mampu selesaikan apa sahaja masalah kulit dan telah pun diuji secara klinikal. 

Formulasi Bio-Oil Skincare Oil Natural ini adalah kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yang terampai dalam asas minyak yang turut mengandungi 100% bahan semula jadi yang bebas dari bahan pengawet, pewarna tiruan, paraben dan GMO. Ia mudah menyerap ke dalam kulit dan paling penting tidak berminyak.

Berikut adalah 5 manfaat yang dapat kita lihat selepas menggunakan Bio-Oil Skincare Oil Natural:

1. Mampu menghilangkan kesan luka, parut & jerawat

Luka memang boleh pulih dengan cepat tapi kesan luka itulah yang akan bertukar menjadi kesan parut dan ramai orang membiarkan ia kerana beranggapan kesan itu akan kekal. Sama juga dengan kesan jerawat yang korang picit sebab ia akan tinggalkan kesan yang agak lama.

Dengan Bio-Oil Skincare Oil Natural ia mampu mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru kerana ia mengandungi minyak Wheat Germ dan Rosehip. Jadi kita hanya perlu sapukan pada tanda tersebut dua kali sehari.

2. Tanda regangan pada kulit dapat dihilangkan

Kesan regangan kulit (stretch mark) ini biasanya akan dialami oleh ibu mengandung atau mereka yang mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Kesan regangan ini biasanya berlaku pada bahagian lengan, perut, pinggul dan paha yang terlihat seperti kulit merekah atau bergaris. 

Penggunaan Bio-Oil Skincare Oil Natural untuk masalah ini masih sama di mana kita hanya perlu menyapukan ia pada bahagian bertanda dan dipakai 2 kali sehari. Kesan awal akan dapat dilihat selepas 3 bulan penggunaan.

3. Mampu menyelesaikan masalah tona kulit tak sekata

Selalu sangat dengar keluhan tak kira wanita mahupun lelaki tentang masalah kulit belang-belang ni terutamanya lelaki la sebab lebih banyak terdedah dengan sinaran matahari. Penggunaan produk pencerah kulit yang tidak berkualiti juga menjadi penyebab masalah ni sebab ia boleh mengubah hormon sehingga menyebabkan warna kulit tak sekata.

Sebab tu kita perlu guna Bio-Oil Skincare Oil Natural yang diyakini keberkesanannya. Kandungan minyak Wheat Germ dan Rosehip dalam Bio-Oil Skincare Oil Natural berfungsi sebagai antioksidan bagi memelihara kulit dan akan sekatakan semula warna kulit asal kita.

4. Mencegah tanda-tanda penuaan

Bila makin berumur mestilah nampak lebih tua dan kulit muka kita pun akan mula berkedut. Tapi korang tak nak ke kurangkan sikit kesan penuaan tu? Dengan Bio-Oil Skincare Oil Natural ni juga akan mengatasi tanda penuaan terutama garis halus yang akan muncul dekat bawah mata kita tu. Jadi bangun pagi lepas mandi boleh terus sapu Bio-Oil Skincare Oil Natural ni dekat bawah mata dan mana-mana tempat yang korang rasa makin berkedut.

5. Tiada lagi masalah tapak kaki dan tumit pecah

Masalah kulit tapak kaki mengeras dan pecah ni memang boleh buat sakit hati, rasa nak kikis jer bagi licin, haha! Tapi jangan risau, formula Bio-Oil Skincare Oil Natural ni dah selesaikan masalah ni juga dan ia mampu menyerap masuk ke dalam lapisan kulit kaki kita yang tebal tu untuk melembapkan. 

Jadi korang hanya perlu sapu Bio-Oil Skincare Oil Natural ni sebelum tidur dan biarkan sepanjang malam hingga pagi. Hasilnya nanti mesti WOW punyalah!

Ada banyak lagi manfaat bila guna Bio-Oil Skincare Oil Natural ni yang mampu menyelesaikan segala masalah kulit. Untuk maklumat lanjut boleh terus ke Bio-Oil Experience. Jadi boleh dapatkan Bio-Oil Skincare Oil Natural di Shopee dan Lazada sekarang.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas