Connect with us

Oh! Media

Ini 4 Sebab Kenapa Kita Kena Hargai Pengorbanan Bapa & Rahsia Balas Jasa Bapa

Branded

Ini 4 Sebab Kenapa Kita Kena Hargai Pengorbanan Bapa & Rahsia Balas Jasa Bapa

Kalau 10 Mei yang lepas kita dah sambut Hari Ibu, pada 21 Jun ini pula kita akan sambut Hari Bapa dalam keadaan yang lebih istimewa apabila kita dapat berkumpul dan bersama ibu bapa kita sepanjang masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini.

Anak-anak yang sudah lama terpisah dan tak jumpa ibu bapa juga sudah dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung bermula 10 Jun 2020.

Hari Bapa memang disambut setiap tahun bagi menghargai pengorbanan mereka dan ia diraikan masyarakat dunia termasuk Malaysia.

Pengorbanan seorang bapa seperti menyerahkan sesuatu bersifat sementara untuk sesuatu yang kekal lebih lama atau baik. Jadi ini 4 sebab mengapa kita perlu hargai pengorbanan seorang bapa.

Sumber kewangan

Bila nak duit korang minta dengan siapa? Ohmedia tahu kebanyakan dari kita akan minta dengan ibu. Haha! Tapi duit tu selalunya datang dari bapa juga yang siang malam keluar mencari rezeki untuk keluarga. Tapi sekarang baru kita faham tekanan seorang bapa yang perlu lalui tekanan kerja, tekanan atas jalan raya dan tekanan dalam mencatur perbelanjaan harian.

Ikon paling berpengaruh

Kadang-kadang kita suka sangat jadikan artis sebagai ikon. Tapi lupa yang sebenarnya kita dapat belajar banyak dari bapa kita sendiri yang hidup dahulu dari kita. Kalau korang anak lelaki, boleh belajar jadi lelaki budiman dan kalau perempuan boleh jadikan bapa sebagai panduan untuk cari calon suami.

Sumber pengetahuan

Sedar atau tidak, apa yang kita tahu selama ini adalah datangnya dari bapa kita. Cara hidup, isu politik, sukan, dan macam-macam isu kita dah bincang dengan bapa. Tapi mungkin kalau tentang artis K-Pop atau permainan video tu, korang kenalah ajar bapa pula. Senang cerita kalau ada benda tak faham, mesti kita akan berlari-lari cari bapa tanya apa jawapannya.

Guru disiplin

Inilah sebab kenapa selalu minta duit dengan ibu. Haha! Ya, bapalah guru disiplin yang paling ditakuti sebenarnya. Untuk korang yang dapat bapa cool tu, bersyukurlah. Tapi, bapa tetap akan ada ketegasannya sendiri untuk membentuk keperibadian dan disiplin anaknya. Dari cara pemakaian, pengurusan masa, pengurusan kewangan, dan semua ini akan ditunjukkan bapa.

Seorang bapa juga sanggup lupakan apa yang dia suka dan mahukan semata-mata untuk besarkan anak. Jadi, inilah masanya untuk kita gembirakan bapa dengan hadiah yang pasti buat dia tersenyum.

Untuk pastikan kejutan untuk bapa menjadi, Panasonic Malaysia hadir dengan satu kempen menarik iaitu ‘Gift Dad a Gift He’ll Love’ yang bermula dari 10 Jun 2020 hingga 10 Julai 2020.

Hadiah istimewa yang dicadangkan adalah Panasonic 4K HDR Android TV 65’ (model TH-65GX650K) dan 4K HDR Android TV 55’ (model TH-55GX650K). Pergh! Mesti syok habis bapa korang tengok wrestling dekat rumah dengan TV besar macam ni.

Apa yang best dengan Panasonic TV ni? Panosonic 4K HDR Android TV ada Google Assistant dan Chromecast. Ia akan mudahkan kita buka apa sahaja aplikasi. Bingkai TV ini juga sangat nipis dan dilengkapi dengan HDR dari Dolby Vision.

Harga untuk Panasonic TV sempena Hari Bapa ni memang sangat ohsem dengan harga hanya RM3,649 untuk TV 65’ (RM4,899 asal) dan hanya RM2,549 untuk TV 55’ (RM3,599 asal). Mana nak dapat TV besar dan canggih dengan harga yang murah macam ni. Betul tak?

Untuk maklumat lanjut dan tempahan hadiah istimewa ini boleh terus ke Panasonic Store Malaysia atau layari www.panasonic.com.my.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Trending

ITTIFY

To Top